top of page

Simpan fail: Dakwaan Hamzah Zainuddin hanya retorik



Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa beliau menyimpan fail pemimpin kerajaan hanyalah retorik untuk meraih sokongan semata-mata, kata Rafizi Ramli.


Rafizi yang merupakan Timbalan Presiden KEADILAN berkata, sekiranya Hamzah mempunyai isu berkait kepentingan awam maka beliau tidak perlu menggunakan dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 untuk membuat pendedahan.


"Saya berada di kedudukan mereka sebelum ini, hanya ada satu masa saya menggunakan dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 untuk 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan ia adalah kerana keadaan mendesak. Pada masa itu saya telah berusaha tetapi tidak mendapat maklum balas.


"Jadi secara asasnya jika pembangkang mahu mendedahkan salah laku kerajaan, mereka perlu mempertimbangkan sama ada mereka sanggup atau tidak mengambil risiko.


"Itulah sebabnya saya tidak terlalu bimbang kerana saya ragu mana-mana ahli politik ingin mengambil risiko untuk pergi ke penjara seperti yang saya lakukan," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Banci Ekonomi 2023 di Kuala Lumpur semalam.


Media pada Ahad melaporkan Hamzah mengingatkan kerajaan supaya tidak terlalu kerap mencari kesalahan pembangkang.


Dipercayai, amaran itu susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mendakwa beberapa pemimpin Parti Bersatu yang dikaitkan dengan penyelewengan dana Projek Jana Wibawa.


Hamzah juga berkata, sebagai bekas Menteri Dalam Negeri, beliau juga boleh mencari kesalahan pemimpin kerajaan.


Beliau mendakwa menyimpan banyak ‘fail’ pemimpin kerajaan.


"Jika terdapat skandal besar yang melibatkan sesiapa sahaja, maklumat dan dokumen itu akan keluar sekarang.


"Kemungkinan besar media akan mendapatnya. Kita hidup dalam era di mana kita tidak boleh benar-benar menyimpan atau menutup perkara (skandal) seperti ini," tegas Rafizi menjawab dakwaan Ahli Parlimen Larut tersebut.


Isnin lalu Ahli Parlimen Pasir Gudang mengingatkan Hamzah beliau mungkin telah melakukan kesalahan undang-undang jika menyimpan sebarang dokumen sensitif sejak menjadi Menteri Dalam Negeri.


Hassan Karim yang juga seorang peguam menegaskan fail pejabat menteri adalah harta kerajaan, dan tidak boleh dibawa keluar dari bangunan kerajaan atau disalin dalam apa cara sekalipun.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page