top of page

Sim Tze Tzin bantu ibu dan anak hilang tempat tinggal


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin tampil membantu Aunty Lim dan satu-satu anak perempuannya Ah Hong hilang tempat perlindungan apabila rumah kampung yang didiaminya berpuluh-puluh tahun akan dirobohkan untuk memberikan laluan kepada projek ibu pejabat IPK PDRM yang baru.


Katanya, jiran-jiran yang ada berhampiran rumah mereka satu demi satu meninggalkan tempat yang dikenali sebagai Kg. Kaniahpa Sg Dua.


"Ibu dan anak yang selama ini sehidup semati duduk mengenangkan nasib yang akan menimpa mereka pada hari-hari mendatang. Rumah mereka akan diroboh dalam masa terdekat.


"Mereka OKU. Mereka tidak berupaya mencari tempat untuk memindah. Mereka resah.

"Jiran rumah sebelah Aunty Lim yang dikenali sebagai Aunty Rani menghubungi saya dan menceritakan nasib malang ibu dan anak.


"Setelah mendapat tahu ibu dan anak tidak ada sanak saudara yang dapat menyediakan tempat perlindungan, saya bergegas pulang ke Pulau Pinang setelah menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur," katanya.


Namun, Sim mengakui bahawa agak sukar untuk mencari rumah baharu untuk mereka.


"Bukan senang mencari tempat untuk menempatkan mereka dalam masa yang terdesak. Kebanyakan rumah OKU telah penuh. Kami menemui kebuntuan.

"Mujurlah, saya dapat memohon dan memujuk Persatuan Syukur Penyayang Pulau Pinang untuk menempatkan mereka akhirnya.


"Ibu dan anak ini akan dapat tempat tinggal yang baru dengan jagaan rapi," katanya.


Justeru, Sim berkata, mana-mana pihak yang berminat untuk memberikan sumbangan kepada Aunty Lim dan Ah Hong boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru bernombor 5570 5461 1829.


"Sumbangan ini akan disalur kepada rumah kebajikan mereka," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page