top of page

Silibus pendidikan Malaysia perlu dikemaskini setiap 5 tahun sekali - Adam



Rancangan Malaysia Ke 12 yang diluluskan baru-baru ini menetapkan negara tidak boleh ketinggalan dalam menyediakan pendidikan menempuh arus perubahan teknologi Revolusi Perindustrian 4.0 yang didominasi Kecerdasan Buatan (AI) dan robotik, yang sedang melanda dunia.


Bagaimanapun di Kementerian Pendidikan sendiri dasar dan silibusnya agak kabur. Mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebelum ini cuba memperkenalkan pendidikan tanpa peperiksaan sehingga darjah 3. Pelannya untuk memansuhkan peperiksaan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia sebagaimana dipraktikkan negara maju.


Namun selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang tidak diketahui apakah nasib perubahan sistem pendidikan yang cuba dikemaskini sebelumnya.


Bagi graduan guru lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli Abdul Halim, silibus pendidikan yang berubah tiap kali menteri bertukar adalah tidak baik untuk pendidikan mampan dan menghasilkan pelajar cemerlang.


"Pertama, nak dapat hasil yang diwawasankan oleh menteri itu bukan mudah sebab kita bercakap soal pendidikan, bukan menteri sahaja. Menteri boleh keluarkan pekeliling, beri arahan tetapi ia juga merangkumi satu jaringan besar.


"Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah, staf dan juga penjawat awam (pentadbiran sekolah). Yang berubah menteri, ada beribu lagi yang terbiasa dengan sistem lama.


"Tukar menteri, tukar dasar. Akhirnya ada sikap, biarlah mereka nak tukar dasar, kita buat cara ini (lama). Ini juga ada.


"Tidak dinafikan Dr Maszlee banyak lakukan perkara besar seperti penghapusan peperiksaan supaya pelajar lebih tertumpu kepada pelajaran bukan tertumpu kepada peperiksaan semata-mata. Tetapi isunya adakah cukup atau tidak latihan kepada guru?" tanyanya dalam wawancara bersama Suara Keadilan, baru-baru ini.


Menurut Adam, adalah lebih baik sekiranya Jabatan Pendidikan Malaysia diarah melakukan cadangan kemaskini sistem pendidikan atau silibus setiap 5 tahun sekali agar proses perubahan tidak hanya daripada saranan menteri, tetapi mengikut kesesuaian persekitaran dan kemampuan guru-guru melaksanakan pembaharuan.


"Kita lihat soal pendidikan bukan tidak boleh berubah. Bukan soal Menteri A buat A dan Menteri B buat B.


"Bukan ubah macam itu. Bukan menteri baru datang, baru nak kaji silibus, tetapi ia sepatutnya dijadikan bentuk amalan biasa dalam sistem pendidikan kita. Misalnya setiap 5 atau 10 tahun kita akan kemaskini silibus.


"Saya pernah mengajar praktikal di sebuah sekolah, dan saya tengok buku teks itu tak jauh beza dengan sewaktu saya bersekolah. Saya tanya pelajar, awak boleh related tak dengan (pelajaran) dalam buku itu? Pelajar itu tergelak kata (teknik operasi) komputer dalam buku itu dah tak digunakan sekarang. Benda ini yang kita kena tumpukan.


"Namun, inilah Malaysia. Tanpa menuduh sesiapa, penghujungnya semua benda nak dijadikan projek (buku teks baru), cari untung termasuklah dalam pendidikan, dan benda ini menjejaskan mutu pendidikan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page