top of page

Sijil halal: Menteri Agama dijangka bentang minggu hadapan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 11, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Abdullah Zaid


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar dijangka akan menyediakan laporan lengkap berkenaan cadangan mandatori pensijilan halal ke Kabinet minggu depan.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, laporan itu dibuat atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Perdana Menteri sudah meminta Menteri Agama untuk menyediakan laporan, apakah langkah seterusnya untuk dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri.


Fahmi berkata demikian menjawab pertanyaan berhubung persoalan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mengkritik Mohd Na’im yang mengumumkan satu dasar kerajaan yang masih belum mendapat kelulusan Kabinet.


Katanya, tujuan cadangan adalah baik namun cara pengumuman yang mengejut dan dilihat terburu-buru itu perlu diperhalusi.


Mengulas lanjut perkara itu, Fahmi berkata, kerajaan sentiasa membincangkan isu pensijilan halal dari semasa ke semasa terutama dari segi pelaksanaannya.


"Tetapi dari segi dasar, kita perlu tunggu pembentangan oleh Menteri Agama minggu depan," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page