top of page

Sijil halal: Jaga sentimen orang Islam - bukan Islam - PM



Isu sijil halal melibatkan premis makanan yang dipertikaikan oleh Ahli Parlimen DAP tidak seharusnya disuarakan melalui media.


Menurut Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebelum ini hanya mengeruhkan keadaan dan hal itu tidak wajar berlaku dalam kalangan ahli politik kerajaan.


"Kita kena jaga sentimen orang Islam dan bukan Islam. Cara dia (Teresa) runding secara elok dahulu bukan tunjuk kehebatan masing-masing.


"Negara kita sudah dalam keadaan baik sekarang, politik sudah stabil penghargaan dunia baik, ekonomi naik perlu apa perkara-perkara ini (isu sijil halal) nak merosakkan," katanya dipetik MalaysiaGazette di majlis Perasmian Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban Arah Selatan, pagi tadi.


Anwar berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita berhubung kenyataan Teresa Kok sebelumnya bahawa cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan tidak menyajikan daging babi serta alkohol mendapatkan sijil halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan, termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.


Tegas Anwar, kenyataan Ahli Parlimen itu merupakan pandangan peribadi dan sewajarnya ia dibawa dalam mesyuarat dalaman Pakatan Harapan (PH) untuk dibincangkan.


"Walaupun ada cadangan, ada kebimbangan bawa dalam mesyuarat PH dan kita akan teliti, tidak payah buat begini.


"Ini menimbulkan kontroversi yang tidak relevan dan pada masyarakat kita. Ada masalah peraturan itu perlu supaya umat Islam tidak rasa was-was.


"Tapi kalau dia (Teresa) rasakan peraturan itu tidak diperlukan di kawasan tertentu. Bincang secara elok," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page