top of page

Sidang Wanita Pulau Pinang 2022 cungkil bakat pimpinan wanita sertai politik



Sidang Wanita Pulau Pinang 2022 anjuran Penang Women's Development Corporation dirangka untuk mencungkil bakat wanita bagi terlibat aktif dalam bidang politik sebagai wakil rakyat dijadual akan dilaksanakan pada 13 Ogos hingga 12 November ini dalam beberapa fasa.


Menurut Senator Fadhlina Sidek yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Sidang Wanita Pulau Pinang, persidangan kali ini yang diadakan pasca pandemik Covid 19 mengalu alukan semua wanita untuk mendaftar sebagai peserta dan membuka untuk perbincangan semua isu melangkaui gender.


"Sidang Wanita Pulau Pinang ini membuka ruang dan cadangan untuk semua usul. Apa sahaja isu boleh diketengahkan dan dibincang dalam sidang melibatkan isu merentas gender


"Pada tahun ini program akan dijalankan dalam 4 fasa. Fasa pertama ialah jelajah daerah, fasa kedua bengkel pembanunan kapasiti, fasa ketiga bengkel perwakilan dan fasa keempat persidangan.


"Fasa pertama semua peserta akan dijemput untuk menyertai sidang wanita yang akan diadakan pada 13 dan 14 Ogos.


"Perincian akan dihantar melalui emel selepas pendaftaran," kata Fadhlina dalam sidang media pagi tadi.



Menurut Ketua Wanita KEADILAN itu lagi, fasa kedua bengkel yang melibatkan pembangunan kapasiti akan diadakan pada 10 dan 11 September bagi menyedarkan wanita mengenai kesaksamaan gender.


Proses seterusnya adalah memberi kesedaran kepada peserta mengenai kerja sebagai wakil rakyat. Kefungsian dan tugas wakil rakyat. Mereka juga, katanya, akan berpeluang mengenali wakil rakyat secara lebih dekat.


Seterusnya, tambah Fadhlina, jawatankausa akan memilih 40 wanita yang layak menyertai Sidang Wanita Pulau Pinang 2022. 11 peserta tambahan yang akan dipilih sebagai pembantu Exco dan mendalami peranan mereka sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.


"Bengkel fasa ketiga pada 1 Oktober pula untuk menerapkan tatacara etika dan juga peraturan mesyuarat dan yang mana peserta backbenchers dan pembangkang akan berlatih untuk membuat dan menghantar soalan.


"Mereka akan merasai perasaan sebenar sebagai wakil rakyat. Manakala fasa keempat adalah hari persidangan pada 12 November.


"Ini adalah yang ditunggu tunggu oleh 40 peserta bagi mewakili DUN masing masing di persidangan DUN. Peserta akan membawa usul untuk penelitian dan soalan penting dalam sidang ini akan dihantar kepada YB Chong Eng (Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam) yang akan memberi impak khususnya isu di negeri Pulau Pinang," katanya lagi.


Bagi wanita yang berminat pendaftaran boleh dibuat melalui laman FB PWDC atau layari www.pwdc.com.my untuk mengisi borang


Peserta mesti berumur 18 tahun ke atas dan program terbuka kepada semua latar belakang pendidikan, sosial dan kerjaya.


Tarikh tutup penyertaan pada Jumaat, 5 Ogos 2022.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page