top of page

Sidang Parlimen separuh hari lengahkan Undi Tidak Percaya?



Usul Undi Tidak Percaya menurut Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun hanya akan dibahas setelah urusan kerajaan selesai dibentang dan diluluskan.


Namun banyak pihak ragu-ragu apakah urusan kerajaan boleh diselesaikan apabila sidang dewan berjalan separuh hari dengan alasan mengelakkan jangkitan Covid 19.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul karim, sidang Parlimen tidak wajar dilaksanakan sebegitu singkat ketika banyak pindaan undang-undang perlu dibahas pada sesi hujung tahun.


"(Mula-mula kita) bersangka baik sidang dari pukul 10 sampai 1 tengah hari ini akan mengurangkan Ahli Parlimen berada terlalu lama di dalam Dewan Rakyat yang tertutup. Biar pun dimaklumkan dewan telah disanitasi dari pukul 7 - 9 pagi dan sesi bermula pukul 10.00


"(Bagaimanapun) saya berpendapat ada kaedah lain (memanjangkan sidang) kerana sesi penggal ketiga ini penting. Banyak bil undang-undang nak dibentang, dilulus. Kedua belanjawan nak dibentang, ketiga ada pula usul, termasuk usul tidak percaya dan usul percaya.


"Ada kaedah lain (yang lebih sesuai). Bagi saya sesi boleh bermula pukul 10, katakan habis pukul 1. Dilakukan sanitasi, kemudian disambung pukul 3 hingga 6 petang.


"Kita biasa mesyuarat (Parlimen) sampai pukul 10 - 11 malam (sebelum ini)," katanya kepada Suara Keadilan.


Bagaimanapun dalam hal ini, menurut Hassan, politik Malaysia tidak boleh dibaca secara naif atau 'lurus bendul'. Banyak perkembangan muktahir yang menyaksikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mencuba pelbagai helah untuk terus bergayut pada kuasa.


Oleh itu, katanya, sidang separuh hari tidak dinafikan mungkin taktik kerajaan mahu menangguhkan sekali lagi usul Undi Tidak Percaya pada sesi Parlimen November - Disember.


"Kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang) sedar tak ada pihak boleh pikir satu hala, naif. Terutama dalam kerajaan sekarang yang legitimasinya dipersoal.


"Kita kena waspada, secara tenikal usaha untuk mengelak Undi Tidak Percaya, kalau ditanya kepada pihak kerajaan mereka akan nafikan, ini tohmahan.


"Namun saya rasa kemungkinan (untuk melambatkan) ada. Sudah tiga hari kita (Ahli Parlimen) bahas satu Rang Undang-Undang (RUU) saja, pindaan (akta) koperasi. Penting RUU ini tetapi kita ada usul yang lebih penting.


"Jadi saya lihat bahawa ada usaha melengah-lengahkan," katanya lagi.


Unsul Undi Tidak Percaya telah dibawa ke Parlimen oleh Ahli Parlimen Langkawi pada bulan Jun lalu. Namun sejak itu usul berkenaan telah dua kali ditangguhkan dengan alasan terdapat urusan kerajaan yang lebih penting dan tidak cukup masa untuk dibahaskan.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page