top of page

Sidang Parlimen sehari langgar Peraturan Mesyuarat

Updated: Apr 27, 2020

Sidang parlimen yang dijadual akan berlangsung pada 18 Mei ini tidak berlaku sebagaimana lazim sepanjang sejarah Malaysia. Hal ini kerana sidang hanya diadakan sehari bagi mendengar titah Yang DiPertuan Agong tanpa perbahasan usul.


Sidang Parlimen sehari langgar Peraturan Mesyuarat

Bagi Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) perlaksanaan sidang tersebut jelas melanggar Peraturan Mesyuarat Parlimen dan tidak diterima oleh sebilangan ahli Dewan Rakyat.


"Majlis Presiden melihat wujud beberapa pelanggaran kelaziman dan Peraturan Mesyuarat Parlimen berdasarkan notis mesyuarat bertarikh 17 April 2020.


"Ini kerana Setiausaha Dewan Rakyat memaklumkan bahawa di dalam keadaan wabak Covid-19 mesyuarat Parlimen akan berjalan tanpa sesi pertanyaan Jawab Lisan, Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, serta apa-apa Usul daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat.


"Majlis Presiden mengingatkan bahawa fungsi Parlimen adalah sebagai tiang seri demokrasi mengawasi perjalanan Kerajaan. Maka PH membantah keras tindakan tidak membenarkan sesi Jawab Lisan dan Usul-Usul seperti yang dimaklumkan Setiausaha Dewan Rakyat,” ujar majlis tersebut dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan bersama Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.


Menurut Majlis Presiden lagi, biar pun negara dilanda wabak Covid 19 dan perlunya penjarakkan sosial namun tidak semestinya parimen tidak berbahas. Majlis itu turut memberikan contoh di negara-negara demokrasi lain, belanjawan tambahan memerangi Covid 19 diluluskan di Parlimen, bukan kuasa diberikan kepada perdana menteri tanpa soal-jawab sebagaimana di Malaysia.


"Apabila dilihat Parlimen di United Kingdom, Kanada dan Singapura yang berjaya mengubah peraturan masing-masing untuk meneruskan sidang pada ketika wabak Covid-19, kami percaya usaha sama mampu dilakukan bagi Parlimen Malaysia.


"Sebagai contoh, jumlah Ahli Yang Berhormat yang hadir boleh dikurangkan ke satu jumlah yang munasabah untuk mengekalkan penjarakan sosial tanpa menjejaskan korum mahupun peratusan parti masing-masing. Teknologi video dalam talian juga boleh diguna bagi yang ingin mengambil bahagian tanpa berada secara fizikal di dalam Dewan. Peraturan Mesyuarat perlu dipinda bagi tujuan di atas.


"Majlis Presiden juga membantah had masa persidangan sehari. Kami mencadangkan agar sidang diadakan selama dua hari, selain hari perasmian Parlimen bagi membolehkan perbahasan dan perbincangan yang lebih mendalam. Perubahan ini boleh dilaksana Ketua Majlis berdasarkan Peraturan Mesyuarat 11(2),” kata kenyataan itu lagi.


Sehubungan itu, Majlis Presiden PH akan menghantar wakil untuk mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi membincangkan perlanjutan sidang Parlimen berkenaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page