top of page

Sidang Parlimen paling singkat dalam enam dekad - Gabungan pembangkang


Pakatan Harapan (PH) dan Warisan serta Tun Mahathir melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memendekkan sidang Parlimen kepada hanya beberapa jam. Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, mereka mempersoalkan arahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin selaku Ketua Majlis yang mengarahkan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 berlangsung dengan hanya Titah Diraja, tanpa persidangan penuh, atas alasan wabak Covid-19 belum reda. "Arahan ini amat dikesali dan cukup mendukacitakan kerana Parlimen seharusnya berfungsi sebagai wahana bagi suara rakyat dan tiang seri demokrasi. "Ini juga merupakan kali pertama sejak lebih enam dekad sejarah Parlimen Malaysia, sebuah majlis mesyuarat berjalan tanpa sidang penuh. "Tindakan ini akan dilihat oleh rakyat sebagai keengganan Perdana Menteri berhadapan dengan Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang," kata kenyataan tersebut. Selain itu, PH dan gabungan pembangkang turut kesal terhadap tindakan kerajaan PN menukar Setiausaha Dewan Rakyat yang dilakukan secara terburu-buru dan mungkin menimbulkan persepsi dalam kalangan rakyat berlakunya tekanan terhadap institusi Parlimen. "Kami juga amat terkejut dengan pengumuman penukaran Setiausaha Dewan Rakyat berkuatkusa 13 Mei. Iaitu hanya lima hari sebelum Parlimen mendengar Titah Diraja. "Tindakan ini membimbangkan kerana menimbulkan persepsi wujud pengaruh tidak wajar oleh pihak-pihak tertentu terhadap institusi Parlimen. "Walau apa pun, usaha Ahli-Ahli Parlimen dari PH, Bersatu dan Warisan untuk mengembalikan mandat rakyat ke tempat yang sepatutnya tidak terkesan akibat arahan-arahan ini dan akan diteruskan," kata kenyataan itu lagi. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Warisan Shafie Apdal dan Pengerusi Bersatu Tun Mahathir Mohamad.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page