top of page

Sidang Parlimen jadi gedung bisu- Tun Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad beranggapan sidang Parlimen hari ini tidak boleh dianggap sebagai sidang yang rasmi, sebaliknya ia sekadar menjadi sebuah gedung yang bisu.


Malah katanya, sidang Parlimen hari ini boleh diteruskan sehingga ke waktu malam tanpa perlu terlalu bimbang dengan ancaman jangkitan wabak COVID-19.


"Walaupun ada COVID-19, kita boleh adakan mesyuarat dengan cukup tertib. Suhu badan diperiksa dan dua kali kena basuh tangan sebelum masuk dewan.


"Ahli Parlimen pun duduk jauh, sekurang-kurangnya jarak satu kerusi kosong. Jadi tidak akan menjadi masalah kalau mesyuarat dibenarkan berbahas sampai ke malam," katanya dalam sidang media hari ini.


Mahathir turut meluahkan rasa hairan apabila kerajaan mengehadkan sidang Parlimen dengan menggunakan alasan ancaman COVID-19, sedangkan rakyat sudah dibenarkan keluar rumah untuk bekerja dan membeli-belah.


"Semua orang bebas keluar, pergi makan boleh, pergi membeli-belah pun boleh. Tapi dalam dewan kita bukan nak pergi mana mana, kita hanya duduk di kerusi," katanya lagi.


Malah, Mahathir juga menganggap sidang Parlimen boleh diadakan selama lapan hari tanpa sebarang masalah.

"Ahli Dewan Rakyat dan Negara pun ada, tapi tak ada masalah pun. Sebab itu kita tak dapat terima alasan pandemik dan bersidang dua jam sahaja.


"Sedangkan di Sabah tiga hari mesyuarat, tetapi di Kuala Lumpur nampaknya angin penuh dengan COVID-19 sebab itu tak berani kalau cakap terus keluar dari mulut.


"Sidang Parlimena adalah gedung cakap, tapi sidang hari ini kita tak boleh kata ini sidang Parlimen, ini bukan gedung cakap, ini gedung bisu.


"Ini menunjukkan berakhirnya demokrasi, kerana kita tidak boleh bersuara sebagai wakil rakyat," katanya.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page