Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mempersoalkan tindakan Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin yang menangguhkan usul Undi Percaya ke atas beliau sehingga sidang Parlimen bermula 2 September 2021.
Menurut Abdullah, PM boleh dengan mudah menggantikan baki sehari Mesyuarat Khas Parlimen yang tidak dilaksanakan pada 2 Ogos lalu untuk membentang Undi Percaya.
"Kita telah dimaklumkan PM dia akan (memanggil Parlimen) bersidang 6 September. Itu persidangan pertama untuk penggal yang keempat.
"Tetapi kita nak maklumkan kepada beliau kita masih ada satu balance Peraturan Mesyuarat pada 2 Ogos lalu yang sebenarnya tertangguh. Jadi dia kena panggil satu hari itu untuk memastikan setiap aturan yang sepatutnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin memberi maklum mengenai Ordinan Darurat yang dibatalkan, tetapi ini tidak berlaku, setelah berlaku penipuan atas apa yang berlaku pada 26 Julai (Darurat dimansuh tanpa perkenan Agong)
"Apa maksudnya kena tunggu 6 September? Sedangkan kita ada satu hari baki. Ambil saja waktu itu (ganti 2 Ogos) kalau dia ada majoriti, dia kena panggil," katanya.
Tambah Abdullah, tindakan PM tersebut memperlihatkan beliau dalam ketakutan. Katanya, kemungkinan adalah tinggi bahawa PM sendiri sedar beliau tidak ada majoriti dan cuba melengah-lengahkan waktu untuk menguatkan kedudukan.
"Hal ini menunjukkan dia tak ada majoriti. Dia penakut. Sebab itu tidak panggil 2 Ogos mesyuarat. Sepatutnya mesyuarat itu penerangan Ordinan Darurat, hendak dibatalkan atau tidak. Kena berlaku perdebatan dan mengundi disebabkan peraturan Perkara 150 (3) itu (perlu) mengundi.
"Ini saya nak tegaskan kepada kerajaan PN. Kita ada satu hari lagi (ganti) bila nak panggil mesyuarat? Ia dalam Aturan Mesyuarat, tak boleh lepas pandang perkara itu sesuai Artikel 11 Standing Orders. Dia wajib penuhi Aturan Mesyuarat.
"Bila nak ganti 2 Ogos itu? Waktu itu paling sesuai bicarakan soal keabsahan (kerajaan PN) dan juga Ordinan Darurat itu sendiri," katanya lagi.
Comentários