Sidang Parlimen dipendekkan, banyak undang-undang tidak dapat dilaksana


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mengakui kurang berpuas hati apabila sidang Parlimen ditamatkan lebih awal, meskipun telah diberitahu bahawa ada kemungkinan ahli dewan terdedah kepada kakitangan Dewan Negara yang didapati positif COVID-19.


Beliau menganggap pemeriksaan kesihatan telah diadakan dengan begitu rapi dan terperinci bagi membolehkan ahli parlimen bersidang di Dewan Rakyat pada bulan ini.


"Semua ahli dewan telah membuat saringan COVID-19, dan semua SOP dijaga dengan baik.


"Jadi saya amat terkejut apabila masa dipendekkan hanya sampai pukul 1pm kerana kita ada banyak isu dan perkara yang perlu dibahaskan. Kalau dipendekkan masa bersidang, maka akan terjejas urusan ahli parlimen," katanya.


Beliau juga berpendapat kerajaan seharusnya mengambil gambaran yang lebih besar terhadap apa yang dihadapi rakyat ketika ini.


"Saya tidak nampak rasional untuk kurangkan masa kerana COVID-19 ini boleh serang kita bila-bila masa sahaja, ia tidak bercuti selepas 1pm.


"Saya nampak ada keperluan untuk berbahas, kerajaan sekarang pun besar, sepatutnya bawa lebih banyak dasar atau rang undang-undang untuk bantu rakyat.


"Kalau kita hanya bercuti, banyak undang-undang tidak dapat dilaksanakan, saya amat kecewa dengan keputusan ini," katanya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio