top of page

Sidang Parlimen 5 hari: Usul Anwar terlalu awal dihantar tidak masuk akal


Kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun menolak notis usul perbahasan yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan alasan terlalu awal dihantar dianggap mengarut.


Anwar dalam satu komen dipetik The Vibes menegaskan alasan tersebut sebagai 'tidak masuk akal'.


"Speaker ini bertindak atas perintah eksekutif dan tidak menghormati hak kami untuk berdebat mengenai usul substantif.


"Ini adalah keputusan yang tidak masuk akal, yang dirancang untuk melindungi pemerintah dari menjawab pertanyaan mengenai pengurusan pandemik dan pelan pemulihan nasional," katanya.


Dalam suratnya kepada Anwar semalam, Azhar menjelaskan notis untuk persidangan khas Dewan Rakyat dikeluarkan pada 15 Julai dan usul Anwar pula diserahkan pada 12 Julai.


Oleh itu, katanya usul Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan tiada dalam kertas pesanan kerana dikemukakan sebelum pemberitahuan.


Untuk rekod, dalam peraturan biasa dewan notis usul boleh dikemukakan sebulan sebelum sidang yang diumumkan pada 26 Julai ini bermula.


Notis tidak terikat kepada tarikh surat pemberitahuan atau jemputan menghadiri sidang kepada Ahli-ahli Parlimen yang dihantar terkemudian daripada pengumuman tarikh sidang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page