top of page

Sidang Parlimen 5 hari satu 'penipuan', peralatkan Speaker Dewan Rakyat - Anwar


Sidang Parlimen 5 hari bermula 26 Julai ini mendapat kritikan hebat Ahli-ahli Parlimen berikutan tempoh yang singkat sehingga tidak mungkin diadakan perbahasan berkaitan hal ehwal negara dan kesensaraan rakyat menghadapi pandemik Covid 19.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan agar kerajaan Perikatan Nasional tidak cuba bersandiwara membuka parlimen seperti 'melepas batuk di tangga'


Katanya, Parlimen sebagai badan semak dan imbang perlu dilaksanakan secara bermaruah dan tidak boleh dibiarkan berfungsi sebagai "rubber stamp" kepada kerajaan.


"Parlimen akhirnya akan bersidang selama 5 hari, itu pun setelah desakan, asakan rakyat dari bawah, Ahli Parlimen sehinggalah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.


"Inilah betapa teruk, parahnya Perdana Menteri (PM) dan kerajaan sekarang. Jadi persoalan yang kita bangkitkan, pertama, untuk apa sidang Parlimen?


"Sidang Parlimen adalah untuk memastikan kerajaan itu ditadbir menurut peraturan tatakelola urustadbir baik supaya jangan ada penyalahgunaan kuasa dan ada semak dan imbang


"Tetapi apa yang cuba dilakukan, saya rasa satu bentuk penipuan adalah kerana (percubaan) memendekkan sidang dan menyegerakan kelulusan beberapa undang-undang, ordinan termasuk Ordinan Darurat dan tidak ada petunjuk akan ada perbahasan terbuka," katanya dalam siaran Facebook, petang ini.


Ahli Parlimen Port Dickson itu juga memberi amaran kepada Kerajaan PN jangan memperalatkan Speaker Dewan Rakyat untuk menghalang perbahasan atau mencemar peraturan sidang.


"Saya ingin beri peringatan kepada PM dan kerajaan, dalam keadaan kamu terumbang ambing ini jangan peralatkan Speaker Dewan Rakyat, yang juga harus diberi peringatan bahawa kita tidak akan pandang ringan.


"Soal Covid 19, soal kebajikan rakyat, soal salah guna kuasa, ini bukan soal ringan. Jangan cuba mengguna peraturan secara sesuka hati tanpa menekankan prinsip asas demokrasi berparlimen, iaitu menggunakan Parlimen sebagai medan bahas untuk menjaga Perlembagaan negara, menyuarakan aspirasi rakyat dan menentukan pemerintahan itu absah dan menjalan tugas dan kuasa mengikut undang-undang.


"Dan tidak mencemarkan undang-undang serta penyalahgunaan kuasa dengan rasuah serta segala kebobrokan yang kita lihat sekarang," katanya lagi.


Semalam, Perdana Menteri bersetuju untuk menasihatkan Agong memanggil Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 selama lima hari, bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat.


Manakala Dewan Negara akan bersidang selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos ini.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page