top of page

Sidang Parlimen 5 hari: Anwar hantar usul, pastikan ada perbahasan


Sidang Parlimen 5 hari bermula 26 Julai ini perlukan perbahasan untuk rakyat mendapat jawapan mengenai isu-isu semasa yang melanda negara.


Sehubungan itu, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan notis usul membahaskan beberapa hal penting agar tidak membuang masa Ahli Parlimen mendengar ceramah menteri kerajaan Perikatan Nasional.


"Hari ini saya telah menghantar suatu usul bagi memastikan sidang dewan akan datang mesti membahaskan Ordinan Darurat, situasi pandemik Covid-19, kadar vaksinasi, kadar ujian saringan serta perincian terkait perbelanjaan dan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan kerajaan.


"Usul ini dihantar bagi memastikan ruang perbahasan yang telus dan komprehensif akan berjalan dalam ruang lingkup demokrasi berparlimen serta lunas-lunas negara hukum (rule of law)," katanya dalam satu kenyataan.


Sidang Dewan Rakyat 5 hari yang dianggap 'melepas batuk ditangga' dan mempermainkan titah Yang di-Pertuan Agong itu akan berlangsung pada 26 Julai sehingga 3 Ogos.


Pelbagai pihak mengkritik sidang tersebut melecehkan peranan sebenar Parlimen. Oleh itu, Ahli Parlimen Port Dickson menghantar notis usul 14 hari bagi memastikan berlaku soal jawab dalam sesi berkenaan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page