top of page

Sidang Nadi Rakyat: Membahas keperitan hidup, menjana kebangkitan rakyat



Kegagalan Kerajaan BN - PN menangani isu kelembapan ekonomi dan peningkatan kos sara hidup perlu disuarakan secara lantang untuk menjana perubahan dasar dalam kalangan elit pemerintah.


Lantaran itu, menurut Sekretariat Sidang Nadi Rakyat satu persidangan "dari rakyat kepada pemimpin" akan dianjurkan pada hujung minggu ini bagi membahaskan keperitan dan kesukaran menjalani kehidupan akibat dibelenggu kenaikan harga barang keperluan.


Kata kenyataan itu lagi, rintihan rakyat meminta belas ehsan kerajaan untuk mengurus dan memberi jaminan ke atas kesejahteraan hidup, polemik rasuah dan salah tadbir serta tidak kompetennya kerajaan mentadbir negara akan dibahas dalam majlis tersebut oleh peserta yang terdiri daripada kalangan orang awam.


"Atas rasa tanggungjawab dan mewakili nadi suara rakyat maka inisiatif Sidang Nadi Rakyat akan menjadi medan untuk rakyat bersuara kepada pimpinan negara yang akan menerajui isu fundamental yang sedang menekan termasuk isu peningkatan kos sara hidup, kerencaman isu pendidikan, kebobrokan pengangkutan awam serta diskriminasi terhadap wanita dan anak muda


"Seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir ke sidang ini yang akan berlangsung pada 2 Julai 2022 dari pukul 8.30 pagi hingga 2 petang bertempat di Dewan Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor sebagai tanda dokongan dan mobilisasi rakyat kepada gerakan ini," kata kenyataan berkenaan.


Sidang Nadi Rakyat, kata sekretariat, akan ditutup dengan pidato pemimpin pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) dan akan merumus luahan hati para peserta pada sebelah pagi.


Resolusi sidang itu juga dijangka menjadi panduan kepada PH dalam membentuk polisi sekiranya terpilih sebagai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 15.


"Sidang ini akan dihadiri oleh semua pimpinan dan Ahli Parlimen PH. Penggulungan sidang akan dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH," kata kenyataan itu lagi.


Pihak Sekretariat Sidang Nadi Rakyat turut menganjurkan peserta yang hadir memakai pakaian berwarna putih.


Pendaftaran untuk Sidang Nadi Rakyat boleh dilakukan melalui pautan: https://forms.gle/GzSPxWRu8NHfo5Fr7


Sebanyak 200 pendaftar awal menerima sehelai baju kemeja T berkolar Sidang Nadi Rakyat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page