top of page

Sidang media Tun Mahathir 18 Mei, bukan sidang PH


Ketidakhadiran Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media khas bersama Tun Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana selepas upacara pembukaan Parlimen, 18 Mei lalu terjawab. Anwar dalam siaran langsung di Facebook rasminya hari ini berkata, beliau tidak hadir dalam sidang berkenaan kerana ianya tidak dianjurkan Pakatan Harapan (PH). "Mengapa saya tiada. Jawapanya mudah. Ini bukan sidang media PH. "Ada sidang zoom PH sehari sebeumnya, di mana kita putuskan pemimpin-pemimpin PH dan Bersatu serta Warisan akan menyediakan pendirian (kenyataan) bersama dalam isu kerajaan Perikatan Nasional dan menandatanganinya. "Oleh yang demikian kita tidak mengadakan sidang khas PH. Tetapi ini tidak menghalang kalau DAP, Amanah, Bersatu buat sidang masing masing," katanya tengah hari tadi. Anwar turut berkata, PH bersetuju untuk melaksanakan peraturan baharu membabitkan program melibatkan gabungan itu selepas ini dan diumumkan oleh sekretariat PH agar tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat. "Selepas ini kita akan jelaskan supaya program sidang PH mesti diumumkan oleh sekretariat PH. Tidak boleh umpamanya sekretariat KEADILAN buat program menggunakan nama PH," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page