top of page

Sidang Khas Parlimen isyarat kukuh konsensus politik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 22 minutes ago
  • 1 min read


Sesi Sidang Khas Dewan Rakyat bagi membincangkan isu tarif timbal balik oleh Amerika Syarikat (AS) berjaya menghimpunkan semua blok politik ke arah satu naratif besar: mempertahankan maruah dan kehormatan negara.


Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, menyifatkan perkembangan ini sebagai satu isyarat positif untuk memperkukuh konsensus politik di peringkat nasional dalam menghadapi sebarang krisis.


"Apakah perbahasan tarif sebagai reaksi terhadap tindak balas Presiden Donald J. Trump di Parlimen satu peluang mencetuskan konsensus dan menyatukan ahli politik demi menjamin kestabilan serta kedaulatan negara?


"Jika semua blok politik dapat mendidik penyokong masing-masing dengan naratif yang disampaikan dalam Parlimen ini, politik kita akan menjadi lebih matang, objektif dan menuju ke titik tengah yang sangat diperlukan hari ini," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.


Sidang Khas Dewan Rakyat diadakan atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi membincangkan kesan tindakan AS mengenakan tarif balas terhadap eksport Malaysia.


Menurut Mujahid, ucapan daripada ahli-ahli Parlimen kerajaan dan Ketua Pembangkang menunjukkan semangat konsensus untuk memelihara kepentingan nasional, termasuk mempertahankan undang-undang negara, kedaulatan industri tempatan dan kebajikan rakyat.


"Idealisme konsep perpaduan ini harus diterjemahkan dalam konsensus lain seperti dalam isu-isu 3R, kebajikan rakyat dan keselamatan negara," tambah beliau.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page