top of page

Sidang khas Parlimen bincang isu tarif timbal balas AS

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read


Sidang khas Parlimen dijadualkan di Dewan Rakyat hari ini akan memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan tarif timbal balas dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas pelbagai negara, termasuk Malaysia.


Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan kenyataan berhubung isu tersebut dan memberi penerangan mengenai kesannya ke atas ekonomi Malaysia.


Beliau yang juga Menteri Kewangan turut akan menjelaskan usaha-usaha bagi mendepani impak perang perdagangan antarabangsa dan perancangan jangka panjang bagi memastikan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan.


"Perdana Menteri akan menerangkan mengenai tindak balas kerajaan merentasi pelbagai kementerian dan sektor serta penyelarasan penyelesaian jangka pendek dan sederhana.


"Ini termasuk semakan semula terhadap dasar-dasar semasa bagi industri tertentu," menurut Aturan Urusan Mesyuarat berkenaan.


Parlimen Malaysia sebelum ini memaklumkan, urusan mesyuarat khas itu diadakan atas permintaan Anwar.


Ia selaras Peraturan Mesyuarat 11(3) Peraturan-Perturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membolehkan isu-isu semasa yang mendesak dan memberi manfaat kepada rakyat dibincangkan.


Selain penerangan dari Perdana Menteri, sidang khas akan diteruskan sesi perbahasan, yang menyaksikan kedua-dua pihak Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menyampaikan pandangan.


Ia kemudian disusuli sesi penggulungan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) dan Kementerian Kewangan.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page