Sidang khas Parlimen 5 Mei bincang tarif AS
- Suara Keadilan
- Apr 23
- 1 min read

Kerajaan akan memanggil sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini bagi membincangkan secara bersama mengenai isu tarif dikenakan Amerika Syariat (AS) ke atas Malaysia sebanyak 24%.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri sebagai pengerusi majlis Parlimen telah mengarahkan sidang itu dilaksanakan bagi mencari jalan terbaik dari barisan kerajaan dan pembangkang menghadapi isu tarif.
"Kita telah bincang keputusan untuk mengadakan sidang parlimen khas pada 5 Mei, yang mana akan bermula jam 11 pagi. Dimulakan dengan kenyataan PM seterusnya diikuti oleh sesi perbahasan yang akan menyaksikan penyokong kerajaan dan pihak pembangkang menyampaikan pandangan mereka," katanya dalam sidang media di Putrajaya, petang tadi.
Sidang parlimen terbabit kata Fahmi akan digulung oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.
Ketua majlis, iaitu Perdana Menteri katanya, telah pun mengutus surat jemputan bersidang kepada seluruh anggota dewan pada hari ini.
Comments