top of page

Sidang Kemuncak ASEAN: Tiada ‘lockdown’ di KL, jalan tutup berjadual

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read
ree

Kerajaan menafikan khabar angin kononnya berlaku perintah kawalan pergerakan ataupun 'lockdown' di ibu negara Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bermula Ahad ini.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) menegaskan bahawa tiada sebarang lockdown akan dilaksanakan sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN itu.


Beliau berkata, persiapan bagi menyambut kehadiran para pemimpin tertinggi rantau ini kini berada di peringkat akhir dan berjalan lancar.


"Ketua kerajaan pertama telah tiba pada jam 12.15 tengah hari tadi, iaitu Perdana Menteri Timor-Leste. Saya telah menerima beliau di Kompleks Bunga Raya (KLIA)," katanya dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet hari ini.


Menurut Fahmi, selepas ketibaan awal itu, sejumlah ketua kerajaan dan ketua negara lain akan mula tiba secara berperingkat menjelang 26 Oktober.


"Semua persiapan telah direncana dengan baik dan untuk peringatan tidak ada lockdown di Kuala Lumpur," katanya.


Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa terdapat penutupan laluan berjadual di beberapa lokasi tertentu bagi tujuan kawalan keselamatan dan pergerakan delegasi.


"Laluan seperti yang diumumkan sebelum ini sekiranya ada penutupan rujuk dengan Ketua Polis Kuala Lumpur," ujarnya.


Fahmi turut memaklumkan penutupan jalan utama hanya akan bermula pada 26 Oktober di sekitar kawasan KLCC, yang menjadi lokasi utama sidang kemuncak tersebut.


"Sekiranya ada pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk terus kepada PDRM dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL)," katanya.


Beliau menyeru orang ramai supaya memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran persidangan berprestij itu yang menghimpunkan pemimpin tertinggi negara-negara ASEAN.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page