top of page

Sidang Kemuncak ASEAN peluang tonjol Malaysia negara dagang, neutral

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 hours ago
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Pentas Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dilihat sebagai peluang terbaik untuk Malaysia membuktikan kejayaan sebagai tuan rumah pada acara berprestij itu.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dalam sidang itu, Malaysia juga antara lain berpeluang menunjukkan komitmen dalam mengemudi beberapa perkara di peringkat antarabangsa.


''Saya lihat Kepengerusian ASEAN merupakan satu peluang yang amat baik untuk kita menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersifat neutral.


''Ia seperti ingin berdagang dengan mana-mana negara yang mahu berdagang dengan kita, yang ingin menjalinkan hubungan, maka kita juga mahu menjalinkan hubungan dengan mereka.


''Dalam suasana seperti itu, Malaysia adalah sebuah negara yang 'We will be friends with those who want to be friends with us,'' katanya lagi.


Beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan pasca Mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, hari ini.


Sidang tersebut akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei ini.


Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN adalah pada 2015 dan kedudukan itu digilirkan dalam kalangan anggota.


Blok ASEAN terdiri daripada negara pengasas iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.


Anggota lain ialah Brunei, Laos, Vietnam, Kemboja dan Myanmar.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page