top of page

Sidang Kemuncak ASEAN peluang Malaysia kukuh hubungan serantau

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 26, 2025
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Kepimpinan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi tumpuan bukan sahaja dalam membentuk keputusan penting Sidang Kemuncak ASEAN, tetapi dalam menzahirkan komitmen Malaysia terhadap keterangkuman, kelestarian dan kestabilan serantau.


Setiausaha Akhbar Kanan kepada PM, Tunku Nashrul Abaidah berkata, penganjuran sidang kemuncak kali ke-46 itu menjadi medan untuk Malaysia menyelaras agenda pembangunan komuniti ASEAN yang berpaksikan rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.


"Melalui kepengerusian ini juga, Malaysia berpeluang mengukuh kerjasama diplomatik dan ekonomi serantau termasuk dengan rakan dialog seperti Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan juga China.


"Jika kita melihat kepentingan dan fokus sidang-sidang kemuncak, sidang kemuncak pada kali ini merupakan platform utama bagi pemimpin-pemimpin ASEAN untuk meneliti kemajuan ASEAN dalam tiga tunjang utama.


"Tiga tunjang itu ialah politik keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya. Ia juga menjadi medan utama untuk membincangkan isu-isu serantau dan global yang semakin kompleks termasuk isu Laut China Selatan, krisis kemanusiaan di Gaza dan Myanmar, tarif perdagangan oleh kuasa besar, cabaran ekonomi digital dan rantaian bekalan," katanya.


Tunku Nashrul memaklumkan perkara berkenaan pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) Bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang disiarkan melalui Facebook rasmi Anwar Ibrahim.


Sidang kemuncak ASEAN yang bertemakan 'Keterangkuman dan Kemampanan' membuka tirai pada hari ini dan merupakan kali kelima Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.


Selain Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, turut diadakan serentak adalah Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama pada hari ini dan esok di ibu negara, di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

1 Comment


Ti Ti
Ti Ti
2 days ago

Trong lúc rảnh mình vô tình thấy trang chủ fly88 khi tham khảo vài bình luận trên diễn dàn, vì được khá nhiều lượt nhắc đến nên cũng thử mở xem thử. Mình chỉ xem lướt qua cách cách sắp xếp nội dung tổng thể. Cảm thấy là trình bày khá gọn gàng, mạch lạc, rất dễ theo dõi.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page