top of page

Sidang Kemuncak ASEAN berkelas dunia diterajui PMX - Dr Azmi Hassan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 15 minutes ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Hasbul Ahmad


Malaysia meletakkan penanda aras baharu dalam sejarah penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN apabila berjaya menghimpunkan pemimpin tertinggi dari semua benua di dunia dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, menjadikan pertemuan itu sebagai antara yang paling berprestij sejak penubuhan blok serantau berkenaan.


Pakar geostrategis, Dr Azmi Hassan berkata, Malaysia bukan sahaja menonjol sebagai tuan rumah yang berwibawa tetapi juga sebagai pemain utama yang berjaya mengangkat profil ASEAN ke tahap global.


"Kehadiran pemimpin-pemimpin ini bukan datang secara tidak sengaja dan kredit perlu diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menjemput pemimpin-pemimpin ini.


"Jemputan diterima kerana Perdana Menteri itu sendiri, bukan (sekadar) sebagai Pengerusi ASEAN tetapi sebagai (sosok) Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana di pentas antarabangsa, beliau dikenali dan dihormati," kata Dr Azmi kepada Suara Keadilan.


Antara pemimpin berprofil tinggi yang hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN kali ini adalah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump; Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva; Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa; dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, António Guterres; sesuatu yang belum pernah berlaku dalam mana-mana sidang ASEAN terdahulu.


Justeru kata Azmi, kehadiran mereka menjadikan persidangan kali ini benar-benar berskala dunia, menandakan pengiktirafan antarabangsa terhadap peranan Malaysia dan ASEAN dalam geopolitik serta ekonomi global.


Tambahnya, Malaysia berjaya mengubah wajah ASEAN daripada forum serantau kepada platform diplomasi dunia, mencerminkan pengaruh dan peranan strategik Asia Tenggara dalam isu keamanan, ekonomi serta pembangunan mampan.


Manakala Anwar bukan sekadar menjadi pengerusi, bahkan menjadi arkitek kepada pendekatan baharu ASEAN yang lebih terbuka, inklusif dan berpandangan jauh sehingga meletakkan Malaysia sebagai peneraju diplomasi global baharu di rantau ini.


"Jadi amat sukar bagi pengerusi ASEAN selepas ini untuk menandingi Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-47, yang dikatakan paling ramai dalam sejarah ASEAN pemimpin asing hadir pada mesyuarat tersebut.


"Perdana Menteri berjaya menonjolkan diplomasi Malaysia, malah ketika perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja itu, Trump dengan secara khusus mengatakan bahawa Malaysia adalah negara yang boleh memberikan tempat yang neutral," ujarnya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page