top of page

Komitmen Persekutuan bangunkan Pahang terus diperkukuh - Amir

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Kerajaan MADANI terus komited memperkukuh usaha pembangunan di negeri Pahang, menerusi peningkatan peruntukan tahunan serta pelaksanaan projek strategik yang memberi manfaat kepada negeri itu.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (gambar) berkata komitmen tersebut telah dipersembahkan kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Menurut beliau, sesi menghadap yang diadakan minggu lalu memberi penjelasan kepada Al-Sultan Abdullah mengenai peningkatan peruntukan kerajaan pusat kepada negeri Pahang yang terus bertambah setiap tahun.


Beliau turut memaklumkan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan selain bantuan yang disalurkan langsung Kerajaan Persekutuan kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).


"Tuanku dapat melihat komitmen kerajaan Persekutuan untuk membantu negeri Pahang. Ada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Tuanku dan kita akan teliti ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.


"Yang penting ialah komitmen kepada negeri itu jelas dan kukuh. Peruntukan yang disalurkan juga meningkat setiap tahun, bukan sahaja kepada kerajaan negeri tetapi turut disampaikan terus kepada rakyat," katanya dipetik.


Amir Hamzah ditemui pemberita selepas menghadiri Program Mikro Kredit Turun Padang di Kuala Lumpur pada Sabtu.


Terdahulu Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-15 pada 8 Mei lalu membangkitkan isu peruntukan Kerajaan Persekutuan.


Susulan itu, Perdana Menteri mengarahkan Amir Hamzah menyediakan penjelasan menyeluruh berhubung peruntukan dan bantuan yang disalurkan kepada negeri tersebut untuk dipersembahkan kepada Sultan Pahang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page