top of page

Sidang Kemuncak ASEAN-46 berjaya kukuh peranan strategik Asia Tenggara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 29
  • 1 min read


Penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 membuktikan bahawa Asia Tenggara mampu memainkan peranan strategik dalam menarik pelaburan serta menangani isu serantau secara kolektif.


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, meskipun negara anggota mempunyai pandangan berbeza mengenai pelbagai isu, kerjasama di bawah payung ASEAN memastikan kestabilan rantau ini terus terpelihara.


"Walau berbeza pandangan, kita tetap boleh mencari titik persamaan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang dinikmati bersama.


"Rantau Asia Tenggara yang stabil akan terus menjadi destinasi pilihan pelabur dan pelancong. Ini satu perkara yang sangat baik dan positif," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.


Beliau sebelumnya hadir mengucapkan selamat jalan kepada Timbalan Perdana Menteri untuk Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Kerjasama Oman, Sayyid Asaad bin Tarik al Said serta delegasi yang berlepas pulang.


Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Kuala Lumpur yang berakhir pada Selasa menghimpunkan para pemimpin Asia Tenggara.


Perbincangan peringkat tinggi itu menumpukan kepada kerjasama serantau, integrasi ekonomi dan kestabilan geopolitik.


Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN 2025, turut menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang pertama bagi memperkukuh hubungan antara rantau.


Kejayaan penganjuran ASEAN-GCC dan ASEAN-GCC-China menurut Fahmi telah menunjukkan ASEAN boleh memainkan peranan untuk menjadi penghubung antara pelbagai benua.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page