top of page

Sidang DUN Melaka: YB Umno maki Speaker, tunjuk perangai penyangak




Tindakan adun Sungai Udang Umno, Idris Harun yang memaki hamun speaker DUN Melaka, Omar Jaafar ketika persidangan negeri menunjukkan betapa kurang ajar pemimpin parti pemerintah itu di bulan Ramadan.


Malah, dalam video yang dirakam oleh adun Bemban, Wong Fort Pin menunjukkan Idris langsung tidak menghormati sidang DUN apabila cuba menghalau speaker ketika beliau baru hendak memulakan sidang dengan bacaan doa.


Ini semua gara-gara beliau tidak berpuas hati kerana speaker menolak usul ketua menteri Melaka, Sulaiman Md Ali untuk menukar speaker.


Menurut Ketua Pembangkang Melaka, Adly Zahari, biarpun speaker tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli DUN, itu tidak bermakna Idris berhak menghina perlembagaan negeri.


"Pakatan Harapan maklum tentang usul untuk YB Datuk Wira Speaker ditukar telah ditolak dan kami menghormati kuasa YB Datuk Wira Speaker yang telah diperuntukan dalam perlembagaan negeri," katanya dalam kenyataan.


Malangnya, dalam insiden pagi tadi, Adly mendakwa bahawa Idris bukan sahaja tidak menghormati perlembagaan malah bertindak membaling buku garis panduan sidang DUN kepada speaker.


Kejadian itu mencetuskan perbalahan antara kedua-dua belah pihak dan speaker terpaksa menangguhkan sidang kepada satu tarikh yang ditetapkan nanti.


Sudahlah menjatuhkan kerajaan secara haram, malah menunjukkan perangai penyangak apabila sudah berkuasa.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page