top of page

Sidang Dewan Rakyat berjaya lulus Belanjawan 2023, beberapa RUU



Sidang Dewan Rakyat Pertama Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas yang berlangsung selama 31 hari, mulai 13 Februari hingga hari ini telah berjaya meluluskan Belanjawan 2023 dan juga meluluskan 12 Rang Undang Undang serta 3 usul dari pihak Kerajaan.


Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul dalam kenyataannya berpuas hati dengan persidangan dewan yang berjalan lancar serta pelbagai pembaharuan yang dibuat kali ini.


"Sesungguhnya, pembaharuan-pembaharuan ini adalah usaha Parlimen Malaysia dalam meniti reformasi institusi legislatif sebagai tonggak sistem demokrasi negara.


"Saya gembira melihat kesungguhan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam urusan Dewan sehingga sidang Dewan Rakyat kerap berlanjutan sehingga waktu malam.


"Agenda pembangunan negara menuntut supaya setiap pihak, baik daripada Kerajaan mahupun Pembangkang untuk sama-sama menggembleng tenaga dengan iltizam yang tinggi kerana tugas mengangkat semula martabat negara adalah kebertanggungjawaban yang telah diberikan oleh rakyat kepada Ahli-ahli Yang Berhormat," katanya.


Justeru, beliau dan Timbalan-timbalan Speaker merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berkerjasama untuk kelancaran Majlis Mesyuarat kali ini.


Selain itu Johari juga mengucapkan penghargaan kepada semua pegawai Kerajaan, warga Parlimen Malaysia khususnya Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat, wakil media serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan Majlis Mesyuarat sepanjang tempoh persidangan tersebut.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page