top of page

Sidang ASEAN: Serlah keupayaan Malaysia rencana pelan strategik 20 tahun

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read

Deklarasi Kuala Lumpur suatu kejayaan buat Malaysia memimpin hala tuju ASEAN. Foto: FB Anwar
Deklarasi Kuala Lumpur suatu kejayaan buat Malaysia memimpin hala tuju ASEAN. Foto: FB Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat berpuas hati dengan kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN 2025.


Menurut beliau, kejayaan Malaysia terserlah dengan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045 yang akan menjadi dokumen rujukan selama 20 tahun.


"Alhamdulillah, Malaysia berjaya menganjurkan antara persidangan paling substantif dalam sejarah ASEAN, bukan sahaja dari segi perbincangan malah kenyataan bersama yang kukuh dan bermakna.


"Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045 turut dimasyhurkan, melambangkan keupayaan Malaysia merencana pelan strategik 20 tahun ke hadapan bagi rantau ini pasca-2025," kata beliau dalam muat naik di Facebook.


Tegas Anwar, ASEAN di bawah kepengerusian Malaysia juga kelihatan lebih bersatu dan berupaya mendepani cabaran teknologi masa hadapan.


"Kita juga mencatat kemajuan besar dalam ekonomi digital, pelaburan hijau, keterangkuman sosial serta kerjasama serantau yang lebih tersusun bersama GCC dan China.


"ASEAN kini tampil lebih bersatu, berpaksikan rakyat dan bersedia melangkah ke hadapan dengan tekad yang segar," katanya lagi.


Untuk rekod, Sidang Kemuncak ASEAN berlangsung mulai 22 Mei dan diteruskan dengan menyuarat bersama Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk (GCC) serta China menjadikan forum serantau itu berkelas dunia dengan melibatkan negara maju seperti China dan rantau kaya modal seperti negara negara Arab.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page