top of page

Sidang APEC: PM ambil kesempatan bertemu pimpinan dunia



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melepaskan peluang bertemu beberapa pemimpin dunia pada waktu terluang antara mesyuarat rasmi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).


Anwar berkesempatan bertemu secara santai para pemimpin Indonesia, Jepun dan Australia.


"Di sela-sela Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC, saya turut berkesempatan adakan pertemuan santai bersama beberapa pimpinan lain.


"Antara yang saya temui adalah Presiden Indonesia, Perdana Menteri Jepun, Perdana Menteri Australia dan pimpinan-pimpinan lain.


"Kami sempat bicara pelbagai perkara yang menjadi kepentingan bersama serta melaungkan komitmen untuk terus bekerjasama rapat menerusi kerjasama pelbagai bidang," katanya dalam catatan di Fecebook.


Untuk rekod, PM telah dua hari berada di San Francisco, Amerika Syarikat mengetuai delegasi Malaysia ke persidangan APEC. Semalam PM menyuarakan keprihatinan Malaysia dalam mesyuarat utama APEC mengenai nasib rakyat Palestin yang diganasi rejim Israel dan disokong oleh kuasa besar dunia.


* Foto kredit ALBARRA AZFAR - PMO

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page