top of page

Ini bukan sidang Parlimen-Akmal Nasir


Sidang Parlimen hari ini menyaksikan kesemua Ahli Parlimen hanya hadir, duduk dan mendengar titah Yang di-Pertuan Agong sahaja tanpa sebarang sesi soal jawab dan perbahasan, seolah-olah ia bukan satu sidang Parlimen.


Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir menegaskan, apabila sidang Parlimen tidak diadakan mengikut undang-undang, status sidang tersebut boleh dicabar dan akan mewujudkan krisis kepada kerajaan Perikatan Nasional.


"Untuk setiap sidang Parlimen diterima, perlu ada urusan Parlimen. Sepatutnya ada sesi soal jawab mahupun perbahasan tapi perkara ini tidak berlaku.


"Jika mengikut pandangan pakar bidang undang-undang, ini boleh dianggap sebagai bukan sidang Parlimen dan akan wujudkan krisis untuk sidang Parlimen dianggap sah dan diterima," katanya menerusi akaun Facebook rasminya.


Jelas Akmal, krisis tersebut akan memaksa kerajaan mengadakan sidang Parlimen selewat-lewatnya pada bulan Jun depan.


"Sekiranya tak sah, Parlimen sepatutnya perlu bersidang dalam tempoh 6 bulan selepas kali terakhir bersidang pada 18 disember tahun lepas.


"Maknanya, tarikh bersidang perlu ditetapkan selewat-lewatnya 18 Jun. Kalau tak sah akan berlaku krisis.


"Kita mendokong prinsip dan lunas undang-undang, tetapi hari ini kita lihat bagaimana Parlimen dibuat tanpa lunas undang-undang," katanya lagi.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page