top of page

'Sibuk kes Zahid, kes Muhyiddin digugurkan boleh dirayu, dibicara semula'



Oleh: Abdullah Zaid


Pihak pembangkang yang terlalu sibuk memanaskan isu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebas (DNAA) Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan sebagai tidak bermoral atau tidak pernah berlaku perlu ingat semua yang melalui proses tersebut boleh didakwa semula.


Menurut Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, malah kes berkaitan projek Jana Wibawa ke atas Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin juga boleh dirayu dan dibicarakan sekiranya rayuan diterima.


Katanya, berhubung kes Mahiaddin, keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini menggugurkan keempat-empat pertuduhan ke atas beliau hanyalah masalah teknikaliti ketika pihak pendakwa mengemukakan tuduhan.


"Kita kena lihat kes Muhyiddin (ini) betul atau tidak bahawa tuduhan yang dibuat ada kesilapan.


"Kemungkinan ada satu dua perenggan tidak diisi maknanya ia satu teknikaliti yang boleh dibetulkan dan bukan bermakna tidak melakukan jenayah," katanya mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal Ogos lalu yang melepaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan berkaitan projek Jana Wibawa.


Oleh itu, William yang juga seorang peguam berkata rayuan ke atas kes Muhyiddin penting supaya empat pertuduhan yang berjumlah RM232.5 juta itu dapat dibicarakan.


"Sebab itu harus diadakan satu rayuan sama ada betul atau tidak melepaskan Muhyiddin tanpa bicara, tanpa berikan satu peluang kepada pendakwa untuk betulkan teknikaliti.


"Jadi ia satu perkara yang orang awam tunggukan (keputusan) rayuan," katanya lagi.


Pada 15 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin mengugurkan empat pertuduhan ke atas Muhyiddin Yassin setelah mendapati keempat-empat pertuduhan tersebut tidak menyatakan butiran kesalahan dilakukan.


Rentetan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan pemimpin pembangkang tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page