top of page

Sibuk berpolitik, jambatan rosak akibat banjir di Lipis masih tidak siap dibaiki



Kerajaan BN - PN digesa jangan terlalu banyak berpolitik sehingga terlupa tugas utama menjaga kebajikan rakyat.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Lipis, Muhammad Muzaffar Kamarul Bahrain, akibat terlalu memikirkan kedudukan dan kuasa kemudahan awam yang rosak pada waktu banjir tahun lalu di Lipis, Pahang gagal dibaiki segera.


"AMK Lipis mendesak supaya kerajaan lebih mementingkan kebajikan rakyat berbanding sibuk merebut kuasa sesama sendiri. Hal ini kerana masih terdapat pelbagai masalah rakyat belum diselesaikan.


"Sebagai contoh, di Lipis terdapat Jambatan Bailey yang rosak akibat banjir besar melanda daerah ini pada hujung tahun lalu masih belum siap dibaiki. Di mana ia telah menjejaskan dan menyukarkan aktiviti harian rakyat terutama sekali pada mereka yang mencari nafkah keluarga.


"Hal ini amat menyedihkan apabila kepentingan politik satu dua kelompok diutamakan oleh Kerajaan berbanding nasib rakyat bawahan yang tidak terbela," katanya.


Sehubungan itu, Muzaffar berkata, perjuangan KEADILAN seperti yang ditulis oleh Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam buku terbaharunya, Script telah menggariskan dasar membela rakyat yang wajib diutamakan.


"Selaras dengan prinsip kedua dalam kerangka polisi Script yang dilancarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Oktober lalu, iaitu prinsip "Prihatin dan Kasih Sayang". Di dalam kes ini prihatin terhadap mangsa banjir.


"Maka amatlah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mengambil berat nasib rakyat terlebih dahulu, bagi membela nasib golongan bawahan dan melahirkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab," katanya lagi.


Projek membaiki jambatan di jalan Benta - Lipis berkenaan berdasarkan papan tanda projek tertera tarikh dijangka siap pada April 2021. Malangnya sehingga Oktober 2022 jambatan berkenaan masih dalam proses baikpulih.


Justeru, tegas Muzaffar, Kerajaan BN - PN sepatutnya lebih mementingkan bagaimana hendak menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat berbanding memikirkan kepentingan politik kelompok atau individu.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page