top of page

Siasatan terhadap Anwar satu perlanggaran undang-undang


Naib Presiden KEADILAN, Datuk Dr Xavier Jayakumar menyifatkan siasatan yang dilakukan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu perlanggaran undang-undang.


Beliau berkata ia adalah satu ancaman secara terang-terangan oleh kerajaan dan tidak boleh diterima.


"Semakan kehakiman yang diminta oleh Anwar sesuai dengan hak perlembagaan dan harus dihormati.


"Alasan penyiasatan tidak munasabah kerana beliau meminta pengisytiharan dari mahkamah bahawa nasihat yang diberikan kepada Yang Di-Pertuan Agong adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan.


"Oleh itu, perlu diketahui bahawa defendan yang disenaraikan dalam permohonan itu adalah kerajaan dan Perdana Menteri; bukan institusi raja," katanya.


Xavier yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata kerajaan tidak sepatutnya berasa takut jika pengisytiharan dibuat dengan sah.


"Sekiranya Darurat diisytiharkan secara sah maka tidak perlu takut dengan semakan kehakiman kerana ia hanya akan mengesahkan kesahihannya.


"Saya benar-benar tertanya-tanya di mana letaknya keutamaan kerajaan. Nampaknya mereka telah kehilangan alasan dengan mendesak untuk membuka semua sektor ketika kes masih dalam empat angka setiap hari.


"Ini pasti akan menyebabkan angka meningkat, sehingga mempengaruhi keberkesanan PKP dan membatalkan sebarang justifikasi pengisytiharan darurat," katanya.


Justeru, Xavier menggesa Kementerian Dalam Negeri menghentikan tekanan terhadap pembangkang.


"Saya meminta Menteri Dalam Negeri untuk menghentikan gerakan yang bermotifkan politik dan sebaliknya menumpukan perhatian kepada kesejahteraan rakyat dan mencari jalan untuk membantu perniagaan sepanjang tempoh PKP yang berlanjutan ini," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page