top of page

‘Siasatan polis terhadap Bloomberg aduan Berjaya, bukan kerajaan’



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Komunikasi menegaskan bahawa kerajaan tidak mengeluarkan sebarang arahan siasatan terhadap seorang wartawan Bloomberg berhubung isu pembangunan kasino di Forest City, Johor.


Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, siasatan polis itu dibuat susulan aduan daripada pihak Berjaya Corporation Bhd (BCorp) melalui firman guaman mereka yang mengaitkan isu kontroversi dengan syarikat terbabit.


"Ia bukan laporan daripada kerajaan mahupun MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) tetapi daripada pihak swasta yang dikaitkan dengan isu tersebut.


"Kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa arahan untuk menyiasat tetapi oleh kerana ada laporan maka laporan itu diambil pihak polis mengikut proses


"Jadi saya tegaskan siasatan itu dibuat bukan atas arahan (kerajaan) tetapi hasil laporan polis oleh firma guaman yang mewakili pihak swasta yang dikaitkan oleh laporan Bloomberg itu," katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.


Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakam keterangan Ketua Pengarang Bloomberg berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah bertajuk 'Malaysia Mulls Casino at Forest City’.


Pihak polis mengesahkan siasatan itu dibuat selepas satu laporan yang dibuat wakil pihak firma bagi syarikat Berjaya.


Laporan Bloomberg mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menemui pengasas Berjaya Corp, Vincent Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay untuk membincangkan lesen kasino di Forest City, Johor.


Susulan itu, Perdana Menteri, Berjaya Corp dan Genting Malaysia menafikan laporan Bloomberg, selain menggesa tindakan diambil terhadap syarikat media terbabit berhubung dakwaan berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page