top of page

Siasatan polis Siti Aishah selesai: 'Tiada tindakan lanjut'



Siasatan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ke atas mantan Senator Siti Aishah Shaik Ismail hari ini dianggap selesai dengan 'tiada tindakan lanjutan' ke atas kes beliau.


Hal itu dimaklumkan Siti Aishah dalam kenyataan media sebentar tadi.


Menurut beliau, rakaman percakapan hari ini diambil bagi membantu siasatan berkenaan satu laporan polis yang telah dibuat pada 24 Jun lalu, melibatkan satu posting di Facebook yang memuat naik video tiktoknya mengkritik kegagalan kerajaan mengawal kenaikan harga barang.


"Rakaman percakapan selama 10 minit telah berjalan lancar dan pihak saya telah memberi kerjasama baik sepanjang siasatan.


"Pihak D5 juga telah mengesahkan bahawa pihak polis telah mengambil keputusan untuk mengambil tindakan "tiada tindakan lanjutan" (No Further Action- NFA) ke atas laporan ini oleh kerana terdapat satu lagi kertas siasatan yang telah dibuka dan disiasat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkenaan isu video viral yang sama," katanya.


Siti Aishah sukacita dengan keputusan pihak Polis DiRaja Malaysia berkenaan dan menekankan pihak berkuasa perlu menunjukkan kematangan dalam hal penguatkuasaan terutama ke atas kes berunsur politik mengkritik kerajaan.


"Suka saya maklumkan keputusan yang diambil oleh Bukit Aman hari ini adalah salah satu dari bentuk kematangan penguatkuasa dalam menangani isu, yang saya yakin masih ada banyak lagi isu-isu penting yang perlu diselesaikan oleh mereka.


"Ini adalah kemenangan rakyat, kepada semua jangan lagi kita bimbang dan takut dalam menyuarakan kritikan kita kepada pemerintah sekalipun ia bersifat pahit untuk ditelan. Kepada Rakyat Malaysia tahniah saya ucapkan, ayuh bangkit selamatkan negara ini daripada terus diratah oleh pemerintah yang zalim yang menggunakan ruang demokrasi sebagai alat untuk menutup mulut rakyat dari bersuara," katanya.


Tegas Siti Aishah, intimidasi tidak akan mengurangkan semangat juangnya untuk membela rakyat melawan kerajaan yang menindas.


Beliau juga menyeru agar anak muda terus menentang pembodohan yang terus terusan dilakukan oleh kerajaan BN - PN menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 bagi memastikan kleptokrat terus mengekalkan pemerintahan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page