top of page

Siasatan penyelewengan LCS mesti diteruskan - PM



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) mengarahkan siasatan berkait penyelewengan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) diteruskan.


Bercakap di Dewan Rakyat semalam, beliau menegaskan pendakwaan peringkat awal sebelum ini tidak mencukupi memandangkan ia melibatkan skandal berskala besar dan ketirisan.


"Arahan saya, siasatan mesti diteruskan termasuk LCS kerana saya rasa tindakan sebelum ini tidak cukup untuk membongkar dan bertindak terhadap orang utama yang dikatakan terlibat dalam kes ini… jadi biar siasatan diteruskan," kata beliau bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN - Pasir Mas) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).


Ahmad Fadhli sebelumnya bertanyakan mengenai keseriusan kerajaan dalam mengambil tindakan terhadap tatakelola yang tidak telus termasuk LCS.


Sementara itu, Anwar turut membidas tohmahan segelintir pemimpin pembangkang yang mengaitkannya dengan pendakwaan tertentu.


Anwar mengulangi pendirian tidak akan campurtangan dalam sebarang kes pendakwaan di mahkamah melibatkan pemimpin tertentu termasuk mengurangkan atau mengetepikan pendakwaan membabitkan Ahli Parlimen penyokong kerajaan.


"Sebab itu ada Ketua Bahagian UMNO Shah Alam yang didakwa tetapi tidak difokus. Maknanya sesiapa sahaja yang didapati oleh SPRM dan buktinya kukuh oleh Peguam Negara harus terima kenyataan pendakwaan.


"Kena ingat sebagai muslim bertanggungjawab, adakah anda yakin dan ada bukti bahawa Anwar campurtangan untuk mendakwa sesiapa. Kalau tiada itu zalim jawabnya, guna nama agama dan fitnah orang, sebut nama saya.


"Saya tidak campurtangan, boleh tanya SPRM dan Peguam Negara, malah arahan daripada saya, apa pun tindakan yang dilakukan mesti berdasarkan fakta dan bukti kuat, saya sokong. Tetapi jangan aniaya, jangan ada satu alasan yang longgar yang boleh dicabar dan dipertikai," kata Presiden KEADILAN itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page