Siasatan PDRM bebas, kuasa diagih kepada Menteri untuk pentadbiran berkesan - Anwar
- Suara Keadilan
- Dec 5, 2022
- 2 min read

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mengarahkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bertindak ke atas pengkritik kerajaan dan siasatan bebas dilakukan temasuk daripada gesaan Raja raja Melayu yang tidak mahu politik perkauman dijadikan arus perdana di negara ini.
"Mengeai usaha PDRM melakukan siasatan, pertama dia bukan arahan PM atau kerajaan. Ini adalah ketetapan dalam Perlembagaan dan kenyataan tegas Raja raja Melayu tentang kewaspadaan memainkan sentimen perkauman dan sikap pelampau agama.
"Arahan itu daripada Raja Melayu untuk mematuhi semangat Perlembagan, dan ini tidak boleh disamakan kritikan kepada PM dan kerajaan. Kritikan kepada kerajan itu dibenarkan dan diizinkan. Saya juga akan gunakan ruang untuk menjawab bila perlu," katanya.
Begitu juga beliau berkata, tindakan siasatan ke atas RM600 bilion yang dibelanjakan pada era Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin dibuat atas kebebasan PDRM untuk menyiasat.
"Langkah menyiasat perbelanjaan yang tinggi RM600 bilion tanpa tender. Itu bukan urusan saya memutuskan, Kementerian Kewangan memberi makluman beberapa pelanggaran itu, tetapi ini akan diberi kepada badan berwajib untuk siasatan sejauh mana pelanggaran ini, atau penyelewengan berlaku," katanya.
Anwar juga menjawab tuduhan beliau membolot semua kuasa.
Tegas beliau, dengan lantikan Menteri kabinet maka kuasa akan diagih agihkan untuk digunakan mentadbir negara dengan cara terbaik.
"Sebagai PM saya tidak memilih untuk membolot semua kuasa yang ada tetapi agihkan kepada rakan untuk memberi mandat. Utamanya kita siap sedia untuk hadapi banjir, cuaca mungkin akan lebih membebankan. Timbalan PM Datuk Zahid diminta mempengerusikan (persiapan hadapi) bencana dan akan memantau dan membuat persiapan
"TPM Datuk Seri Fadhilah diberikan tugas untuk memastikan perkara yang masih tersangkut mengenai MA63 disegerakan. Ada yang menimbulkan keresahan Sabah dan Sarawak. Kadang kadang peraturan sedia ada mempersulit perlaksanaan di peringkat negeri kerana kelulusan terlalu banyak di peringkat jabatan. Hal ini perlu dilaksanakan segera dan saya beri tempoh sebulan mesti ada kemajuan ketara dalam hal tersebut
"Masalah pembangunan kita tidak mahu ketara kesenjangan kawasan paling mewah dan kawasan miskin seperti Sabah dan Sarawak, begitu juga kawasan terpencil di Semenanjung. Oleh demikian bersama Menteri Kerjaraya kita beri tugas ini, kita beri TPM Fadhilah, dan TPM Zahid untuk kawasan Semenanjung," katanya.
Comments