top of page

Siasatan menyeluruh salah urus Tabung Haji bukti reformasi anti korupsi PH

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 53 minutes ago
  • 2 min read

Reformasi anti rasuah Kerajaan MADANI kini bukan lagi sekadar retorik politik, tetapi menjadi kenyataan apabila prinsip akauntabiliti diterjemahkan melalui tindakan dan keberanian melakukan pembaharuan tanpa mengira siapa terlibat, termasuk tindakan susulan terhadap Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kelantan, Mohamad Ezzat Zahrim Mohd Hanuzi, masyarakat khususnya golongan anak muda perlu melihat perkembangan itu secara matang.


"Perjuangan membanteras rasuah bukan hanya slogan untuk meraih sokongan politik, tetapi mesti diterjemahkan melalui tindakan dan keberanian membuat pembaharuan walaupun melibatkan pihak yang mempunyai kedudukan.

Mohamad Ezzat Zahrim Mohd Hanuzi
Mohamad Ezzat Zahrim Mohd Hanuzi

"Tindakan menahan reman mantan Pengerusi Tabung Haji bagi membantu siasatan berkaitan RCI TH menunjukkan agenda reformasi yang dibawa oleh kerajaan pimpinan PM Anwar, bukan sekadar retorik politik atau slogan ketika pilihanraya," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbezaan antara agenda reformasi secara menyeluruh yang dibawa kerajaan diterajui PH berbanding parti lain, termasuk usaha membanteras rasuah yang kini diterjemahkan melalui tindakan sekali gus menggambarkan ia bukan sekadar retorik pilihanraya.


Mengulas lanjut, Mohamad Ezzat berkata keutamaan kini adalah memastikan proses siasatan diberikan ruang untuk berjalan secara bebas, telus dan berlandaskan lunas undang-undang.


Beliau berkata, penahanan reman bagi tujuan siasatan tidak bermakna seseorang itu telah melakukan kesalahan, sebaliknya membuktikan keseriusan pihak berkuasa dalam memastikan setiap dakwaan berkaitan tadbir urus dan kepentingan rakyat disiasat secara sewajarnya.


"Bagi saya, inilah perbezaan antara sekadar bercakap tentang reformasi dengan benar-benar melaksanakannya.


"Jika kita benar-benar mahukan Malaysia yang lebih bersih, berintegriti dan mempunyai tadbir urus yang baik, kita perlu menyokong usaha reformasi ini dan pada masa sama menghormati proses undang-undang.


"Reformasi yang sebenar bukan tentang siapa yang disiasat, tetapi tentang memastikan undang-undang dan prinsip akauntabiliti terpakai kepada semua tanpa mengira kedudukan," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page