top of page

Siasatan menyeluruh insiden pendaki mati di Gunung Liang - Pemuda AMANAH Perak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 18, 2025
  • 1 min read

Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak menggesa siasatan menyeluruh dijalankan berhubung insiden kematian seorang pendaki, Mustaqqeem Mansor, di Gunung Liang baru-baru ini.


Ketua Pemuda AMANAH Perak, Khairol Najib Hashim (gambar), berkata siasatan itu perlu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan, serta semua pihak berkaitan bagi mengenal pasti punca sebenar tragedi tersebut dan memastikan langkah pencegahan diambil segera.


"Kami menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh melibatkan PDRM, Jabatan Perhutanan dan semua pihak berkaitan agar punca sebenar tragedi ini dapat dikenal pasti dan langkah pencegahan diambil segera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau menegaskan bahawa aktiviti mendaki bukan sekadar gaya hidup sihat, tetapi juga medium pendidikan terhadap alam sekitar serta semangat berpasukan. Namun, katanya, aspek keselamatan tidak boleh diambil mudah.


"Apabila aspek keselamatan diabaikan, nyawa menjadi taruhan," ujarnya.


Khairol Najib turut menekankan keperluan disiplin tinggi, pematuhan SOP, dan pemantauan rapi terhadap peranan malim gunung serta individu yang terlibat dalam pendakian.


Katanya, tragedi ini seharusnya menjadi titik tolak kepada penambahbaikan sistem permit, latihan, dan kriteria keselamatan untuk pemandu arah (malim) yang mengiringi kumpulan pendaki.


"Kita tidak mahu tragedi ini menjadi satu kisah yang berlalu tanpa pengajaran. Nyawa Mustaqim perlu dihormati, maruahnya dipelihara, dan punca kematiannya mesti diketahui dengan jelas," tegas beliau.


Pemuda AMANAH Perak turut merakamkan penghargaan kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang bertungkus-lumus dalam operasi menemukan mangsa meskipun berdepan cabaran besar di kawasan pergunungan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page