top of page

Siasatan ke atas Siti Aishah selesai dalam 3 jam



Soal siasat ke atas mantan Senator, Siti Aishah Shaik Ismail semalam yang dibawa ke Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, pada tengah hari berakhir dalam 3 jam.


Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh beliau pada lewat petang, soal siasat tersebut dilakukan berikutan laporan polis ke atasnya berhubung satu kritikan terhadap kerajaan kerana menarik balik subsidi barang keperluan dan dimuat naik dalam aplikasi tiktok minggu lalu.


"Pada hari ini sekitar jam 1.00 - 1.30 petang kediaman keluarga saya telah didatangi oleh pegawai SKMM Ipoh dan ibu pejabat berserta dengan Pegawai Polis dari Unit Siasatan Jenayah IPD Ipoh seramai 8 - 9 orang bagi melakukan serbuan bersabit laporan video viral saya di laman tiktok baru-baru ini.


"Saya juga telah diiringi 3 kenderaan ke IPD Ipoh bagi tujuan siasatan dan dirakam percakapan. Alhamdulillah segala proses itu selesai selepas 3 jam saya berada di sana," katanya.


Justeru, Siti Aishah yang juga calon ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN mengucapkan penghargaan kepada semua rakyat juga anggota parti kerana mendoakan beliau, dan bertekad akan terus berjuang meneruskan kritikan terhadap kerajaan BN - PN yang menindas rakyat.


"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, sahabat dan keluarga yang mendoakan saya, memberikan semangat serta kepimpinan utama yang membantu segala proses ini selesai sebaiknya. Segala doa dan dokongan kalian memberikan saya kekuatan dalam menghadapi proses ini dengan baik.


"Apa yang berlaku hari ini sedikit pun tidak melunturkan semangat perjuangan. Saya kekal kuat untuk terus menjadi suara rakyat dalam menyuarakan segala keluh kesah rakyat di bawah agar terus didengari oleh kerajaan. Semoga Allah SWT merahmati kita semua. Lawan tetap lawan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page