top of page

Siasatan ke atas Rafizi: 'Harap Dr Latiff juga disiasat berhubung skandal LCS'



Siasatan ke atas Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli yang dijalan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul semalam sewajarnya diteruskan ke atas bekas Timbalan Menteri Pertahanan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad


Harapan itu disampaikan Rafizi di hadapan wartawan, yang berkata laporan polis telah dibuat berkenaan skandal pembekalan bahan binaan kapal oleh syarikat yang dikaitkan dengan Dr Latiff dan pihak berkuasa perlu menyiasatnya.


"Saya menghormati pihak berkuasa menjalankan tugas mereka (dalam hal laporan oleh pegawai Dr Latif).


"Cuma ada satu lagi laporan yang dibuat oleh YB Akmal, Ahli Parlimen Johor Bahru, kes yang sama kerana semua maklumat ini bukan sahaja maklumat rahsia, ini maklumat rasmi karajaan.


"Laporan audit forensik itu telah dibawa ke Jemaah Menteri, jadi alasan Dr Latiff kononnya ini draf dan sebagainya, alasan itu ke laut.


"Dia dalam Jemaah Menteri dan laporan ini dibawa ke Jemaah Menteri dan mereka bersetuju untuk nyahwarta dan atas nyahwarta itulah ia dikeluarkan Parlimen," katanya di hadapan IPD Sentul, Kuala Lumpur.


Mantan Ahli Parlimen Pandan itu juga mengulas mengenai pendedahan beliau yang mengaitkan Zainab Mohd Salleh sebagai isteri Dr Latiff dan percubaan Latiff untuk mengecilkan kes kepada hubungan Zainab dan dirinya.


Rafizi bersama barisan peguam

Bagi Rafizi, isu utama bukanlah rumahtangga Latiff tetapi wang rakyat melebihi RM1 bilion yang tidak diketahui pergi ke mana dalam skandal pembinaan kapal tempur (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia itu.


"Dokumen itu semua ada di Parlimen, maksudnya ini bukan maklumat saya. Ini pendirian kerajaan yang menamakan Dr Latiff ini suami kepada Zainab, cuma dari segi rumahtangga kita tak nak campur.


"Sebab itu saya harap pihak berkuasa kena imbangi juga, sementara laporan Dr Latiff yang hanya mahu mengecilkan isu ini kepada isu ini Zainab isteri dia atau tidak, berbanding isu rakyat yang lagi besar, iaitu berbilion ringgit wang telah disakau menyebabkan projek kapal perang kita tergendala.


"Saya berharap proses ini menjadi permulaan kepada siasatan mendalam kepada semua pihak berkuasa, bukan sahaja PDRM tetapi juga SPRM kerana kita juga telah melalui proses ini pada 1MDB, SRC dan lain lain. Apabila ia mula mula dikeluarkan memang semua orang menafikan tetapi apabila pihak polis, SPRM mula menyiasat mereka boleh menjejaki jejak kewangan dan sebagainya.


"Soal Zainab itu akan terjawab sendiri (selepas itu)," katanya lagi.


Dalam soal siasat semalam telefon bimbit Rafizi turut dirampas sebagai bahan kes.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page