top of page

Siasatan ke atas hakim perlu dibuat badan kehakiman - Anwar



Siasatan ke atas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang dikaitkan dakwaan mempunyai wang diragui dalam akaunnya seharusnya dilakukan oleh badan kehakiman dengan menubuhkan tribunal.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak wajar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia campurtangan dalam hal hal yang membabitkan kehakiman.


"Saya ambil maklum isu melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali terkait dakwaan wang RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya.


"Saya ingin tegaskan institusi kehakiman sendiri mempunyai badan yang menyelia dan mengawal integriti para hakim dan ini ditetapkan untuk memastikan agar wujud pembahagian kuasa yang jelas di dalam sistem yang ada. Justeru campurtangan SPRM melanggar prinsip ini," katanya.


Menurut Anwar lagi, integriti badan kehakiman yang baharu sahaja pulih setelah tercemar teruk sedekad sebelum ini perlu dipertahankan dan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seharusnya mempunyai tekad politik dalam mempertahankannya.


"Integriti dan kebebasan badan kehakiman kelihatan beransur pulih akibat dari kecelaruan dan ketempangan berdekad-dekad lamanya tanpa ada usaha serius pemerintah untuk membetulkannya.


"Adalah dikhuatiri hebahan sebegini akan dianggap sebagai tekanan dan campurtangan politik," kata Anwar lagi.


Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebelum ini telah membuat laporan polis ke atas artikel bertajuk ‘Group calling for Najib’s pardon now wants judge Nazlan arrested’ dan ‘Shocking Revelation: Najib’s Trial Judge Nazlan’s Conflict-of-Interest Exposed’ yang didakwa ditulis Raja Petra Kamaruddin.


Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pula dalam kenyataan media berkata tuduhan membabitkan Nazlan adalah palsu, tidak berasas serta berniat jahat.

1 comment

Recent Posts

See All

1 Comment


sulaimanawal
Apr 25, 2022

Tak perlu sebuk pasei hakim yg dilantik kerana ianya seorng yg dihormati tinggi oleh masyarakat. Bkn mcm ajib dah bersalah dgn 4 hakim pun masih mundar mandir. Ape cerita mcm undang undang kbk punya. Klau sebuk sangat siasat pemimpin politik juga yg harta mereka dlm dn luar negara beratus jutaan ringgit. Setakat satu juta pa pun ada.

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page