Siasat tanpa kompromi kes keganasan terhadap wanita



Wanita KEADILAN menyarankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dengan penuh integriti laporan-laporan berhubung kes keganasan terhadap wanita tanpa mengira siapa pelakunya.


Majlis Pimpinan Wanita Pusat KEADILAN dalam satu kenyataan, melahirkan rasa bimbang terhadap aduan-aduan rasmi berkaitan gangguan seksual ke atas wanita yang melibatkan ahli - ahli politik mutakhir ini.


"Kami dimaklumkan pihak polis telah menerima laporan daripada pemandiri dan siasatan terperinci sedang dilaksanakan.


"Wanita KEADILAN memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang komentar yang boleh menjejaskan siasatan. Kami juga memohon agar ruang yang adil diberikan kepada semua pihak yang terlibat agar siasatan adil, bebas dan saksama dapat dilakukan oleh pihak berkuasa demi keadilan kepada semua pihak.


"Kami juga menyeru kepada semua termasuk pemandiri-pemandiri gangguan seksual yang lain serta saksi-saksi kejadian agar berani tampil membuat aduan sekiranya terdapat gangguan seksual dilakukan oleh mana-mana pihak dengan jaminan penuh daripada pihak autoriti," kata mereka.


Wanita KEADILAN menegaskan bahawa keselamatan dan perlindungan kepada pemandiri yang tampil memberikan kerjasama dan keterangan hendaklah menjadi prioriti utama PDRM di sepanjang tempoh siasatan .


"Kami tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan keganasan terhadap wanita apatah lagi gangguan seksual yang melibatkan maruah dan harga diri yang mesti dibela dan dilindungi oleh undang-undang negara.


"Kami juga menawarkan khidmat nasihat perundangan percuma bagi mana-mana pemandiri gangguan seksual yang memerlukan khidmat tersebut dan boleh dihubungi melalui Ibu Pejabat Parti KEADILAN Rakyat," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Siddiq dan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER