top of page

Siasat segera punca gangguan bekalan air di Johor - Prakash

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 3
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan Johor bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) digesa segera menyiasat punca sebenar gangguan air di negeri itu serta mendedahkan hasil siasatan secara telus kepada rakyat.


Pengarah Strategi KEADILAN Johor, Prakash Maniam menegaskan perkara berkenaan tidak boleh dibiarkan berulang tanpa penyelesaian jangka panjang dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan semua pihak.


"Sehubungan itu, kami juga berharap agar pelan pemantapan sistem pam, pengurusan loji, dan kawalan pencemaran sungai dilaksanakan segera bagi mengelakkan gangguan berulang.

Prakash Maniam
Prakash Maniam

"Selain itu, tindakan penguatkuasaan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang cuai atau menyebabkan pencemaran sumber air negeri.


"Kami memandang serius isu tiga gangguan besar bekalan air di negeri Johor sepanjang tahun 2025 yang telah menjejaskan kehidupan ratusan ribu pengguna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Prakash lagi, gangguan yang berlaku pada Mei, Julai, Oktober dan November tahun ini dilaporkan berpunca daripada kerosakan pam utama, kerja penyelenggaraan loji, serta pencemaran air mentah akibat aktiviti perlombongan pasir di kawasan hulu sungai.


Beliau yang juga Ketua Cabang Tebrau menyifatkan, knsiden berulang itu jelas menunjukkan wujudnya kelemahan dalam pengurusan dan pemantauan sistem bekalan air negeri, yang memerlukan siasatan segera dan tindakan pembetulan yang menyeluruh.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page