Siasat segera kebocoran identiti rakyat Malaysia - Wanita KEADILAN Johor



Wanita KEADILAN Johor memandang serius sindiket membocor dan cuba menjual maklumat peribadi rakyat Malaysia yang didedahkan oleh media arus perdana semalam.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN Johor, Napsiah Khamis Mahran, berita kebocoran melibatkan lebih 4 juta data rakyat yang diperolehi dari API myIDENTITY yang didakwa daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara amat membimbangkan.


"(Sistem) myIDENTITY merupakan platform yang dibangunkan 9 tahun lalu bagi menempatkan secara berpusat database rakyat Malaysia yang dikongsi bersama oleh 10 agensi Kerajaan.


"Lebih menarik lagi, menurut laporan The Rakyat Post data-data tersebut telah ditawarkan untuk jualan dengan harga RM35,500


"Data-data itu mengandungi maklumat peribadi pendududuk seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat tetap, nombor telefom bimbit dan email.


"Wanita KEADILAN Johor menegaskan kebocoran maklumat peribadi ini adalah sangat membimbangkan dan tidak boleh dikompromi. Ia mendedahkan rakyat kepada manipulasi dan ‘identity theft’ yang sangat memprejudiskan. Malah kebimbangan kami turut diasaskan kepada persoalan keselamatan data peribadi itu sendiri di samping keselamatan negara," kata Napsiah.


Exco Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat itu juga bimbang kemungkinan database kesalamatan negara seperti ATM atau PDRM juga terdedah kepada risiko ‘leaking’ kepada musuh atau anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.


"Sehubungan itu,Wanita KEADILAN Johor menggesa pihak berkenaan, SKMM, PDRM dan agensi lain yang berkaitan bukan sahaja perlu mengambil tindakkan segera menyiasat dan membawa ke muka pengadilan mereka yang bertanggungjawab malah perlu mempastikan dengan memberikan jaminan kebocoran atau ketirisan maklumat rakyat seperti ini tidak akan lagi berulang.


"Kami juga menuntut supaya mereka yang berkenaan memberikan penjelasan tuntas serta membuat siasatan dalaman kerana elemen kerahsiaan tidak boleh dikompromi," katanya lagi.


Semalam media arus perdana melaporkan kebocoran data identiti rakyat Malaysia yang cuba dijual melalui sebuah portal. Pihak polis dalam kenyataannya akan mengambil tindakan segera untuk menyekat kebocoran berkenaan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER