top of page

Siasat kebocoran data peribadi secara telus, tanpa sebarang campurtangan - PH



Kebocoran data peribadi sebagaimana dilapor oleh media massa kelmarin perlu terus disiasat secara teliti dan telus


Jawatankuasa Keselamaan Pakatan Harapan (PH) berkata, penafian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tentang kebocoran maklumat berkenaan tidak seharusnya merencatkan siasatan pihak polis.


"Jawatankuasa Keselamatan PH mengambil maklum penafian oleh pihak LHDN tentang kebocoran maklumat ini. Kami juga mengambil maklum bahawa Polis Diraja Malaysia telah membuka kertas siasatan mengenai perkara ini di bawah Akta Jenayah Komputer 1997 dan kenyataan media Menteri Dalam Negeri bahawa tiada kebocoran berlaku.


"Akan tetapi, kami menggesa supaya siasatan harus diteruskan dengan teliti dan telus, tanpa apa-apa campur tangan daripada mana-mana pihak.


"Di samping itu, keputusan siasatan ini wajib dimaklumkan kepada orang ramai setelah selesai supaya benar-benar dapat meyakinkan mereka bahawa data peribadi masih selamat," kata kenyataan itu.


Jawatankuasa Keselamatan juga berpendapat hal kebocoran maklumat tidak seharusnya berlaku di masa hadapan, begitu juga keberanian peniaga menawarkannya di portal jualan bagi maklumat yang dibocorkan telah mencabar secara terang-terangan pihak berkuasa Malaysia.


"Menurut laporan, data (yang dibocorkan) termasuk nama, e-mel, nombor telefon bimbit, alamat tetap, nombor kad pengenalan dan juga gambar-gambar. Penjual meletakkan tanda harga 0.2 BTC (bitcoin) bersamaan dengan harga sekitar RM35,495.


"Jawatankuasa Keselamatan PH memandang serius laporan-laporan ini. Sekiranya benar terdapat kebocoran data peribadi daripada pangkalan data awam, ia merupakan suatu pelanggaran keselamatan (security breach) yang serius dan boleh mendedahkan orang ramai kepada pelbagai risiko termasuklah penipuan dan kecurian identiti (identity theft), serta boleh mengakibatkan keselamatan negara dikompromi.


"Ia juga menimbulkan pelbagai persoalan mengenai keselamatan dan integriti data yang disimpan di pangkalan-pangkalan data badan-badan awam seperti JPN dan LHDN," kata mereka lagi.


Kelmarin, media melaporkan terdapat dakwaan berlakunya kebocoran data peribadi awam daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan LHDN. Menurut laporan beberapa portal berita, seorang penjual telah meletakkan untuk jualan hampir 4 juta data yang terkandung dalam pangkalan data


Data tersebut didakwa diambil daripada LHDN melalui Application Programming Interface (API) bagi platform perkongsian sektor awam yang dikenali sebagai myIDENTITY.


Kenyataan bersama berkenaan dikelaurkan oleh Syed Ibrahim Syed Noh (KEADILAN), Faiz Fadzil (Amanah) dan Syahredzan Johan (DAP).



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page