top of page

Siasat dakwaan jangkitan Covid-19 di pusat penjagaan warga emas tidak berdaftar


Kerajaan digesa menyiasat segera dakwaan bahawa terdapat jangkitan Covid-19 di beberapa rumah-rumah jagaan warga emas dan ini termasuk jangkitan di pusat-pusat rawatan termasuk pusat dialisis.


Pengerusi Biro Guaman & Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek berkata, menurut rekod Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 21 kluster membabitkan pusat jagaan warga emas dikesan setakat ini dengan 19 daripadanya adalah dalam gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negara pada bulan Oktober, 2020 yang lepas.


“Lebih menggusarkan, kadar kematian membabitkan kluster jagaan warga emas lebih tinggi dengan jumlah 1.48% berbanding kadar kematian kebangsaan yang merekodkan 0.38%.


“Apa yang lebih membimbangkan juga adalah status pusat jagaan warga emas ini yang tidak berdaftar dan jangkitan akibat Covid-19 ini benar-benar mengancam nyawa mereka termasuk membawa kematian penghuni sebagaimana yang dilaporkan.


“Oleh yang demikian, KPWKM digesa untuk segera mengemukakan data terkini berkaitan rumah-rumah jagaan yang berdaftar dan telah menerima vaksin serta menyiasat segera keadaan penghuni warga emas di rumah jagaan yang tidak berdaftar khususnya dalam konteks pendaftaran dan keutamaan pemberian vaksin,” katanya.


Pada masa sama, Fadhlina menggesa agar semua Ahli Parlimen bersama pemimpin komuniti setempat menjalankan siasatan dan mengenalpasti dengan segera pusat-pusat jagaan warga emas yang tidak berdaftar serta berada dalam kedaan yang kritikal kerana berpotensi dijangkiti dan tidak mendapat perhatian dengan sewajarnya.


“Wanita KEADILAN dalam siaran-siaran media sebelum ini telah menggesa agar tumpuan diberikan kepada pengurusan pemberian vaksin kepada warga emas khususnya dalam konteks prioriti, logistik dan prosedur yang lebih mudah.


“Kegagalan KPWKM dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 mengutamakan pemberian vaksin kepada penghuni institusi penjagaan warga emas akan menyebabkan diskriminasi berterusan kepada golongan rentan ini serta peningkatan kematian kerana kegagalan polisi dalam unjuran keutamaan, perlindungan di institusi jagaan yang tidak berdaftar dan prosedur yang menyusahkan warga emas untuk pendaftaran,” katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page