top of page

Siapkan segera projek LRA, noktahkan gangguan bekalan air Kedah



Oleh: Abdullah Zaid


Sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini di sesetengah kawasan di Kedah terganggu susulan masalah bekalan air yang kian meruncing di negeri yang ditadbir Pas-PN itu.


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Adam Loh Wei Chai, Kerajaan Negeri melalui Syarikat Air Darul Aman (SADA) sepatutnya menyelesaikan segera projek bekalan air yang bermasalah sejak beberapa tahun lalu bagi memulihkan keadaan.

Katanya, SADA dilihat perlahan dalam mengendalikan projek Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Selambau sehingga menyukarkan anak-anak perantau pulang berhari raya dalam situasi tiada air.


"Dua bulan lalu Timbalan Menteri (Akmal Nasrullah Mohd Nasir) memaklumkan bahawa projek LRA tidak sampai 30% siap berbanding capaian sepatutnya siap 56%, maka berbeza daripada jangkaan awal itu memberi kesan kepada rakyat terutama penduduk di Kuala Muda," katanya kepada Suara Keadilan.


Malah jelas beliau, sikap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor yang sering kali menyalahkan kerajaan pusat ekoran kelewatan menaik taraf projek LRA itu tidak menguntungkan rakyat dan tidak wajar memandangkan Sanusi sendiri pernah memberi jaminan bahawa projek berkenaan siap pada tahun 2021 lalu.


"Sepatutnya Kerajaan Negeri tidak boleh menyalahkan kerajaan pusat kerana sudah dua penggal mereka menjadi kerajaan. Jadi tidak wajar pihak pembangkang menyalahkan pihak lain.


"Perlu untuk mereka tahu, MB Kedah sendiri pernah membuat pengumuman kepada rakyat projek LRA siap pada 2021 tetapi perkara itu tidak berlaku sampai sekarang," ujarnya.


Oleh itu sebagai pembangkang di negeri berkenaan, Adam menegaskan pihaknya akan sentiasa mendesak Kerajaan Negeri menyelesaikan isu bekalan air bersih secepat mungkin.


"Kita pihak pembangkang Kedah akan memantau masalah ini dengan lebih dekat, selain kita juga bekerjasama dengan kerajaan pusat supaya masalah air dapat diselesaikan segera," katanya lagi.


Untuk rekod, dua projek bekalan air di LRA Bukit Selambau dan Sungai Limau dianggap projek bermasalah oleh kerajaan pusat kerana sepatutnya telah siap namun tergendala akibat kenaikan harga bahan binaan dan ketidakcekapan Kerajaan Negeri Pas yang tidak memaklumkan kenaikan tersebut sehingga menyukarkan penyaluran peruntukan tambahan.


Baru baru ini Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Kedah, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria mengesahkan projek LRA akan sepenuhnya pada 2026.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page