top of page

Siapa yang terbaik, berwibawa perlu diangkat pimpin parti - Manivanan



Pemilihan KEADILAN 2022 tidak seharusnya menyebabkan keretakan atau perpecahan dalaman selepas berakhirnya pertandingan.


Bagi calon Naib Presiden KEADILAN, Manivanan Gowin, spekulasi yang mengatakan bahawa pasukan tertentu tidak sesuai bekerja dengan pasukan pesaing dalam pemilihan adalah sesuatu yang tidak benar.


Sebaliknya, kata beliau parti kali ini memerlukan yang terbaik untuk memegang jawatan dipertandingkan mahu pun jawatan lantikan, selagi mana seseorang itu layak memikul tanggungjawab berkenaan.


"Salah satu objektif kita (dalam berpolitik) ialah menjadikan Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri. Sesiapa yang boleh commit dalam percaturan itu perlu diangkat.


"Kedua, kita kena pastikan KEADILAN ini menjaga kebajikan masyarakat biasa. Parti bawa isu keadilan, kebenaran dan sebagainya. Siapa yang rasa interaksi mereka bersamaan dengan isu isu ini perlu diberi ruang yang secukupnya dalam pentadbiran organisasi," katanya.


Namun Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN itu tidak bersetuju sekiranya pemimpin dilantik kelak kerana mahu mewujudkan suasana inklusif semata mata di antara pihak yang menang atau kalah. Katanya, parti hanya akan kuat sekiranya pimpinan dilantik berdasarkan keupayaan menjalankan tugas, bukan di atas sebab lain.


"Sudut inklusif itu saya rasa perlu letak satu pendekatan berbeza. Bukan sebab dia kenalan saya misalnya, atau dia pemimpin lama dalam pafrti. Itu bukan isu kita tekankan.


"Sebaliknya kalau kebolehan dia diperlukan, kewibawaan dia diperlukan dan dia boleh mengisi tugas itu dengan baik maka saya rasa perlu diberikan peluang terbaik untuk seseorang itu diberi peranan (biarpun dari pasukan lain).


"Di sini bukan isu menang atau kalah tetapi bolehkah seseorang itu, menjawat jawatan itu, untuk kemenangan bersama," katanya.


Menurut Manivanan lagi, beliau berharap parti akan bersatu dan lebih kukuh selepas pemilihan 2022 dan individu terbaik akan mengisi pelbagai jawatan untuk memastikan parti perkasa semula sebagaimana sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 lalu bagi meyakinkan rakyat untuk memilih KEADILAN dan Pakatan Harapan menerajui Kerajaan Persekutuan sekali lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page